KEMATIAN YANG MENGHIDUPKAN - PERKONGSIAN SHUIB SETELAH PERGINYA SITI SARAH

Kak Ebah
0

Hari yang sayu. Seluruh negara berkongsi perasaan yang sama, seolah-olah sebahagian daripada ahli keluarga allahyarhamah.

Saya sendiri, yang juga bukan siapa-siapa, tidak senang duduk sejak mengetahui perkhabaran mengejutkan tentang Siti Sarah yang sedang berjuang, tidak stabil dan semakin kritikal.
Bagaikan faham apa di dalam hati kita semua dengan berita pulangnya bidadari ini ke negeri abadi, kemunculan suami beliau petang tadi memang dinanti-nantikan.
Ditonton lebih daripada 600 ribu orang, saya kongsikan apa yang sempat dicatat :
1. Covid-19 is real. Maid saya dah pergi dulu sebelum isteri saya, Jumaat lepas. Dulu saya orang yang tak berapa percaya covid. Tapi bila kena batang hidung saya...
2. Ambil vaksin. Sekurang-kurangnya vaksin dapat membantu. Isteri saya belum divaksin. Infection almost seluruh bahagian paru-paru, dah tak boleh proses oksigen, organ dah tak boleh berfungsi dengan baik.
3. Jaga kesihatan. Jangan keluar. Duduk di rumah. Jangan rasa terer sangat. Kalau dah kena, no u-turn. Korang takkan sanggup nak hadap. Kalau korang ada isteri, siapa tak sayang suami, family.
4. Ambil vitamin yang bagus-bagus. Ambil vitamin C, D, E. Kalau ada sampai Z, makan semua. Dulu saya jenis orang yang tak jaga kesihatan sangat, tak makan vitamin. Sekarang berpuluh jenis saya makan.
5. Jangan sayang duit. Kalau tak ada duit, makan lah apa-apa tumbuhan yang boleh, untuk kuatkan imun kita. Please. Duit banyak mana pun tak guna, tak boleh kembalikan Isteri saya.
6. Ini bukan lagi masanya nak berteka-teki. Kita tak tahu ke depan apa yang datang. Varian delta. Delta Plus. Ini bukan upgrade version handphone. Covid is so real.
7. Bagi yang dah kena covid, make sure sediakan oximeter. Ini paling penting. Setiap rumah kena ada. Tak ada duit, cari, pinjam. Pergi beli. Bacaan oksigen 93-94 terus pergi hospital. Jangan lambat. Jangan berlagak.
8. Doa semoga Allah sentiasa lindungi dan berkati kita dan keluarga. Ini senjata paling dahsyat.
9. Jangan berkira-kira dengan duit, Allah akan bantutkan rezeki. Apabila kita berkira-kira dengan duit, kita akan berkira-kira dengan sedekah kita.
10. Ramai orang baik Allah ambil dulu, tapi jangan takut nak jadi baik. Percaya perkara ghaib - akhirat.
11. Jangan rasa rugi tak dapat dunia. Rasa rugi kalau kita kehilangan akhirat. Jangan duk heran sangat hidup 20 tahun, 30 tahun. Akhirat itu kekal selamanya. Kita takkan pernah sanggup bila masuk kubur, bila malaikat tanya, kita tak boleh jawab, gelap, ada ular, kala jengking, dihimpit tanah sampai ke tulang rusuk.
12. Jangan sombong dengan dunia ni. Selalu bersyukur dengan rahmat Allah. Paling bodoh, 70 tahun 80 tahun kat dunia. Itu pun kita nak jalan pun dah tak larat, nyanyuk.
13. Buka mata, berubahlah 360 darjah. Kalau rasa dosa kita banyak, besar. Pintu taubat itu lebih besar lagi. Solat jemaah. Mengaji kat rumah. Kita dah di hujung. Semua kebahagiaan dulu dah hilang sekelip mata.
Buat Isteri :
Carilah redha suami. Jadilah sebaik-baik isteri, taat pada suami. Buat sehabis baik untuk suami. Bermula dengan jadi isteri yang baik. Suami akan jadi suami yang baik. Kalau isteri luar biasa hebat, jangan risau ekonomi, rezeki, keamanan sesebuah keluarga. Seluruh keluarga dan rumahtangga akan bahagia. InshaAllah. Jangan risau.
Buat suami :
Bila kita jadi suami, kita adalah ketua.
Cara nak tunjukkan kita ketua keluarga, jadilah imam. Solat berjemaah. Suami di depan. Barulah ketua. Mana ada imam perempuan. Sama dalam rumah tangga. Malam-malam solat baca kuat-kuat. Barulah Isteri rasa kita ketua, isteri rasa dia pengikut kita.
Buat pasangan suami-isteri :
Amalan Surah Al-Waqiah setiap pagi dan malam - dihindari kepapaan. Berkasih sayang lah dengan pasangan. Hidupkan sunnah. Reset balik. Re-plan. Jadualkan solat berjemaah 5 waktu. Buka kitab, baca hadis, kongsi dengan anak-anak.
Saya kira, siaran LIVE dari Shuib sebentar tadi adalah satu nasihat dan peringatan yang sangat baik. Betul-betul terkesan di hati saya dan suami yang sama-sama bercucuran air mata.
Cukup tenang, bersahaja tapi cukup buat kami suami isteri yang mendengar terkesan, tak berganjak. Masing-masing tidak segan mengakui salah dan silap diri.
Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan Shuib, anak-anak dan seisi keluarganya. Semoga kita juga dapat saling memperingati sesama sendiri dan memperbaiki amalan menujuNya.
Walaupun beliau dan isterinya lebih dikenali sebagai penghibur (dan kini usahawan berjaya), perkongsian tadi cukup padat, bermanfaat dan telah menghidupkan banyak jiwa.
Tidak penting, bagaimana kita bermula. Yang penting, pengakhiran kita kembali ke sisiNya. Khusnul khatimah yang dicemburui seisi alam (inshaAllah).
Antara bukti Allah Maha Memilih hamba yang dikehendakiNya, lalu dijadikan dia juga mengkehendakiNya.
Al-fatihah buat Siti Sarah Raissudin.



Sempena awal Muharram, saya memohon maaf di atas segala khilaf, kesilapan dan keterlanjuran saya secara sedar atau tidak, selama kawan-kawan mengenali diri saya.
Salam Maal Hijrah.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !