13 PETANDA ANAK SUDAH BERSEDIA UNTUK DIAPER FREE

Kak Ebah
0

2-3 hari ni kakak Nasuha bukan main becok lagi mulut dia. Kejap-kejap, ibu..ibu..ibu... Nak yak, nak cing.. Walopun pelat dan pekat, ibu faham.

Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru semalam ibu tukar lampin pertama kamu nak. Terima kasih juga pada Maknah, owner taska Al-Humaira yang terlebih dahulu telah memperkenalkan sistem Potty Train ini pada Iman Nasuha seawal usianya 2 tahun.

Bila tukar-tukar story dengan kawan-kawan, ada yang kata umur 2 tahun adalah terlalu awal untuk memisahkan anak daripada pampers. Dikatakan budak tersebut masih terlalu kecil dan belum boleh bercakap dengan begitu baik.

Sebenarnya, di umur berapakah yang paling sesuai untuk diajar latihan ke tandas?

Sememangnya tidak semua anak-anak itu sama. Begitu juga dengan perkembangan fizikal, pergerakan dan kemampuan menguruskan dirinya sendiri tanpa bantuan penjaga atau orang yang lebih tua. Ramai ibu-bapa yang mula mengajar anak mereka ke tandas pada usia 2-3 tahun, dan ada pula si kecil yang hanya mahu bermula apabila usianya mencecah 3 hingga 4 tahun.

Walaubagaimanapun, si kecil sudah boleh didedahkan dengan latihan ke tandas sejak usianya 18 hingga 24 bulan bergantung kepada kebersediaan anak itu sendiri.

Berikut disertakan panduan ringkas tanda psikologi, tanda perilaku dan tanda kognitif yang boleh diperhatikan oleh kedua ibu-bapa :

1. Anak anda sudah boleh berjalan dan berlari dengan stabil

2. Jumlah urin yang dikeluarkan hampir sama setiap kali dia buang air kecil

3. Waktu untuk buang air besar atau kecil sudah boleh dikeluarkan secara tetap atau rutin

4. Anak tersebut memiliki waktu "kering" antara tempoh masa 3 atau 4 jam menandakan otot pundi kencingnya sudah dapat mengawal pengeluaran urin dengan baik

5. Sudah dapat duduk dengan tenang dalam masa lebih kurang 2 hingga 5 minit

6. Sudah dapat membuka dan memakai seluar dan baju dengan sendiri

7. Sudah mula berasa tidak selesa setiap kali lampin terasa basah atau kotor

8. Menunjukkan perhatian terhadap kebiasaan ke bilik air seperti apa yang dilakukan oleh ibu bapanya termasuklah menanggalkan pakaian dalam

9. Kelihatan sangat gembira apabila berjaya melakukan sesuatu perkara yang disuruh dengan sendiri tanpa bantuan orang dewasa

10. Memiliki bahasa sendiri tentang dunia toilet seperi "pee" dan "poo"

11. Boleh mengikuti dan menurut arahan yang diberi seperti "tolong ambilkan mainan itu"

12. Sudah faham tentang reaksi tubuh yang ingin membuang air kecil atau besar dan memberitahu anda ingin ke tandas

13. Tidak menolak dan boleh bekerjasama dengan anda bagi menjayakan misi toilet training

Sebagai ibu atau bapa, tidak perlulah membandingkan anak anda dengan anak-anak orang lain kerana ia hanya akan menyebabkan bersarangnya rasa bimbang. Namun, ibu bapa memainkan peranan yang penting sebagai teman baik anak yang sentiasa mahu mendengar dan berada dekat dengan mereka apabila diperlukan. Usaha-usaha biasa dan santai seperti kata-kata pujian serta award yang bersifat sederhana sangat membantu anak-anak untuk merealisasikan apa juga yang sedang dilatih sekalipun ia memerlukan kesabaran yang tinggi untuk dijayakan.

Sekiranya latihan ini telah dimulakan pula, jangan sesekali memarahi mereka sekiranya terdapat kebocoran kerana anak anda akan berasa kurang keyakinan diri. Apa yang penting ialah bagaimana kita sebagai ibu bapa menjadi orang yang paling hampir dan sejauh mana si kecil anda bersedia untuk memulakan rutin ke tandas, seterusnya tidak perlu lagi memakai lampin samada lampin kain atau lampin pakai buang yang semakin meningkat harganya hari ini!

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !