RESEPI SOTONG MASALA COOKIDOO INSPIRED, ANAK SUKA IBU MASAK SAMBIL PEJAM MATA

Kak Ebah
0

Lama tak share resepi sini kan.

Ini menu semalam, favourite Iman Nasuha.

Pertama kali buat dulu, follow dari resepi Cookidoo. Iman kata dia suka. Ibu pun suka sebab selain senang, ia juga kids friendly - tak pedas.


Kebetulan Cookidoo subscription dah tamat, so kita hantam sajalah resepi ingat-ingat lupa ni. Simple je tapi sedaapppp.

Akan repeat resepi ni bila jumpa sotong yang ada banyak telur. Persis menu Kedai Mamak Ali Maju uols!

Resepi Sotong Masala

1. Lebur sotong atas kuali tanpa air/minyak *sotong akan keluarkan air sendiri nanti.

2. Sotong dah bertukar warna, kecut and separuh masak, padam api, transfer dalam mangkuk lain. Air sotong simpan tepi, jangan buang.

3.Masuk minyak, blend bawang besar sebiji, bawang putih 3-4 ulas, halia besar ibu jari. Tumis dengan daun kari. *Adjust lah ya kalau masak banyak. Ni sukatan untuk sekilo sotong.

4. Bawangrians dah garing, masukkan rempah kari ikan/seafood, serbuk cili dan serbuk kunyit sikit. Tumis lagi kacau sesekali sampai rempah pecah minyak.

5. Masukkan sos tiram dan sos tomato. Kacau sekata.
6. Next masukkan air sotong sahaja dulu, sotong tunggu. *Ada orang dia buang air ni, ku tidak. Itu yang sedap tuuuu.

7. Masak sampai agak kering dan rupa macam paste, barulah masukkan sotong, tomato belah 4 dan cili kering potong.

8. Perasakan garam gula. Biar reneh sekejap lagi 3-4 minit. Tutup api. Siap!

*Ramai rupanya yang suka sotong masak pekat likat macamni. And yes, sotong ni fragile, tak boleh masak lama-lama nanti liat. So kita share tips masak sotong sini cara Kak Ebah yaaaa.

Selamat mencuba!

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !