KENAPA PENTING KENA PAKAI AULORA DAN APA KAITAN DENGAN ALIRAN DARAH MANUSIA?

Kak Ebah
0

Sehingga hari ini, walau semakin viral, walau semakin ramai mendapat manfaat kesihatan dengan Aulora, namun masih juga ramai yang skeptik dengan pakaian bernama Aulora.


Sebelum terus baca, mari kita sama-sama lihat bagaimana keadaan salur darah yang ditunjukkan melalui anatomi - struktur tubuh badan manusia.


Mungkin juga ada yang pertama kali lihat seumur hidup. Ya, sayalah salah seorang. 


Gambaran salur darah manusia yang jika dilembarkan adalah bersamaan dengan 100,000 km. Boleh pusing mengelilingi bumi 2.5 kali. Selama kita hidup, salur darah kita ni mengepam berjuta-juta barel darah. Setiap hari, jantung kita mengepam 1800 galon darah melalui salur darah ini. 


Cuba tengok balik diri sendiri, tak besar mana pun kan tubuh badan kita ni? Tapi betapa kompleks dan saratnya saluran darah dalam badan manusia yang Allah jadikan dengan terciptanya setiap seorang kita. Bayangkan berapa kali seminit kesemua cycle dalam tubuh tu dibuat setiap hari sepanjang umur hidup. Amazing, subhanallah!


Sistem Peredaran Darah


Tubuh badan manusia terdiri daripada pelbagai jenis sel yang bersama-sama membentuk tisu dan seterusnya organ. Ini merupakan komponen kepada Sistem Biologi Manusia, yang bertujuan memastikan proses homeostasis berlaku dengan sempurna selama hayat kita. *Homeostasis - proses yang mengekalkan keseimbangan fizikal dan kimia dalam tubuh badan manusia seperti oksigen dan gula di dalam darah.


Setiap hari, Sistem Biologi manusia ini akan menjalankan proses mandatori supaya manusia kekal hidup dan anggota badan berterusan dapat menjalankan tugasnya. Sistem Peredaran Darah terdiri daripada jantung dan rangkaian pembuluh darah yang merupakan sistem yang paling utama kerana ia terdiri daripada aktiviti jantung yang tanpa henti bekerja sejak kita berusia seawal 4 minggu dalam kandungan ibu. Ia membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh sel-sel badan. Pada setiap denyutan jantung ini, darah dipam, ditolak keluar daripada jantung ke seluruh badan. 


Bayangkan setiap kali jantung kita ni mengepam darah, setiap kali itu jugalah ia akan merentasi sejauh 100,000 km. Berapa kali seminit ia akan lalu. Jauh gila kan! Tak terjangkau dek akal terhad kita! 


Jantung, salur darah, arteri, vena, kapilari dan darah itu sendiri bekerjasama sebagai satu team yang sangat sibuk dan tak pernah berehat. Analoginya seperti keadaan di sebuah hospital yang sentiasa ada kes-kes keluar masuk dengan macam-macam jenis situasi pesakit yang pelbagai. Mana ada kita tengok nurse dan doktor duduk bersenang lenang, semuanya dengan skop tugas yang bersusun, perlu disegerakan dengan flow tertentu dan berulang setiap hari. Non Stop! 


Oleh itu salur darah kita mestilah cukup kenyal, sihat dan tiada halangan untuk melakukan kesemua tugasan ini supaya tubuh kita boleh berfungsi secara optimum :


1. Mengalirkan darah

2. Mengangkut oksigen ke seluruh tubuh

3. Mengangkut sel darah putih - antibodi, makrofaj

4. Menghantar zat, nutrien, vitamin daripada makanan kepada sel-sel dalam badan

5. Mengeluarkan bahan buangan - toksin, karbon dioksida yang tidak diperlukan oleh tubuh 


Oleh sebab itulah kena jaga aliran darah agar sentiasa laju dan jitu. Supaya sentiada dapat bekerja dengan efisien. Bayangkan kalau sangkut-sangkut, flow tak cantik. Sistem badan pun bercelaru. Semakin meningkat umur, semakin banyak sakit datang menerpa sampaikan ramai di kalangan kita ni anggap "memang itulah kitaran hidup, menunggu sakit datang" sedangkan ada satu sudut kesihatan lagi yang sangat penting dan paling asas yang kita terlepas pandang iaitu "sistem peredaran darah"


Kenapa kena pakai Aulora?


Kerana teknologi yang ada pada siri pakaian kesihatan Aulora memerangkap suhu badan - haba semulajadi daripada badan manusia dan memantulkannya kembali sebagai cahaya FIR :

1. Untuk aktifkan Far Infared (FIR)

2. Bantu kesihatan salur darah

3. Bantu aliran darah berjalan dengan baik

Kenapa asyik advice supaya start dengan pants?


Sebab aliran darah dari jantung ke kaki dan kaki ke jantung adalah sangat penting. Kaki berada di pusat graviti dan aliran darah naik kembali mestilah smooth sentiasa. Jadi kita pakai Aulora pants untuk bantu jantung dan kaki kita. Maha hebatnya Allah yang menciptakan manusia, daripada hanya segumpal darah. Basic yang paling asas.


Sangat penting untuk memastikan aliran dan perjalaan darah lancar. Sebab darah inilah yang akan angkut oksigen, singkirkan toksin, angkut sel darah putih, angkut semua nutrisi daripada apa yang kita makan ke seluruh sel-sel dalam tubuh supaya dapat tenaga, dapat bekerja dengan baik.

Kalau tersekat sekat, antibodi lambat sampai bila kita sakit. Kalau tersumbat, luka lambat baik. Sel-sel boleh rosak. Bila sel badan banyak rosak, akan mengakibatkan masalah kesihatan yang lain pula.

Bacaan lanjut berkenaan Aulora pants - Kebaikan Aulora Pants


Dengan perkembangan teknologi, dengan inovasi daripada kejuruteraan bahan yang menggabungkan teknologi perubatan dan fesyen, kita dapat nikmati manfaat far infra red ni hanya melalui pakaian sahaja. MashaAllah, Subhanallah!

Dengan siri pakaian kesihatan Aulora kita boleh bantu memperbaiki aliran darah dan seterusnya bantu badan detox dengan baik setiap hari.


Kepada yang dah memiliki Aulora tapi masih belum rasa kesan, semoga diberi cekal dan kesabaran yang tinggi. Allah SWT jugalah yang mengizinkan kebaikan dan sebaik-baik pemberi kesembuhan. 


Hantar Mesej WhatsApp Kak Ebah atau jadilah sebahagian daripada team IBO kami Daftar Aulora with BE_Nusaybah untuk lebih penjimatan dan konsultasi berterusan.

Kak Ebah doakan bagi mereka yang berhajat dan sedang mencari-cari ikhtiar kesihatan yang lebih baik, direzekikan untuk mencuba Aulora. Biiznillah.

Untuk info lanjut berkenaan Infrared Clothing with Aulora Series, jom join telegram channel kita sini
Subscribe to MyTelegram



Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !