6 LANGKAH MENCUCI PAKAIAN AULORA SUPAYA TAHAN LAMA DAN KEKAL SEDAP DIPAKAI

Kak Ebah
0

Setiap kali ada pengguna baru Aulora yang membeli, mesti timbul soalan ni.

1. Berapa lama infared ni akan kekal dalam seluar Aulora? 

2. Kalau basuh stokin Aulora ni nanti, infrared ada lagi tak?

3. Ada cara ke nak basuh baju Aulora, or kena guna sabun khas?


     
 

Okay, kat sini Kak Ebah summary kan sikit persoalan kat atas ya, supaya korang yang baca mudah faham dan lebih jelas.


Kesemua pakaian daripada Aulora Series adalah dihasilkan melalui ceramik yang dihablurkan (lebih halus daripada asap - tidak dapat dilihat dengan mata kasar), disulam, dijalin halus sekata di dalam fabrik menggunakan mesin jahit khas yang dinamakan nylon kondenshi fiber. 


Kak Ebah ulang lagi sekali ya, dijalin, disulam, bukan sekadar tampal-tampal kat atas kain. Dengan menggunakan mesin jahit khas lagi, medical grade knitting yang memberi efek compression.


Jadi, selagi mana pakaian Aulora ini tidak hangus terbakar. Ia akan masih tetap boleh dipakai dan memberi manfaat FIR (Far Infrared) pada si pemakai. Dengan kata lain, jangka hayat pakaian Aulora kita ni, bergantung kepada sejauh mana kita berkasih sayang dengannya.


Walaubagaimanapun, kaedah basuhan ini adalah untuk memelihara getah pada kain supaya tetap grip dan sedap dipakai sama macam masa mula-mula kita beli. Sayang kan pakaian Aulora kita ni, dah beli mahal, ratus-ratus.


Berikut adalah 5 langkah mudah untuk mencuci dan mengeringkan Aulora pants atau mana-mana pakaian daripada siri Aulora kepunyaan anda :


1. Cuci pakaian Aulora dengan basuhan tangan - elakkan penggunaan sebarang berus untuk membersihkannya. Basuh pakaian Aulora dengan tangan menggunakan air atau cucian lembut.

Aulora Series direka khas dengan hygienic technology and anti-odour capabilities. Tidak memerlukan cucian harian. Tidak perlu risau berbau tengik or kepam. Memadai dengan cucian tangan dan hanya menggunakan air biasa tanpa sabun. Untuk cucian tangan, boleh cuci semua Aulora series ini sama ada menggunakan baldi atau dalam sinki di dalam bilik mandi.


2. Biasalah, kita ni dah biasa dah bersabun selama ni kan. Rasa pelik pula basuh baju seluar stokin tak guna apa-apa sabun. Boleh! Gunakan detergen ringan dan elakkan sebarang peluntur. Gunakan detergen ringan (sebolehnya tanpa kandungan bahan kimia atau sintetik) untuk mencuci Seluar Aulora, juga Aulora garments yang lain). Secara peribadi, saya sendiri menggunakan Beyang Delicate Laundry Wash dari BE International pada Aulora pants dan semua siri pakaian Aulora.


Beyang Delicate Laundry Wash ialah cucian cecair halus pekat dengan formulasi sempurna bahan-bahan lembut dan lembut untuk penjagaan fabrik mewah anda dan perlindungan kulit. Teman yang sempurna untuk semua pakaian Siri Aulora.


3. Bilas dengan air. Selepas membilas, langkah seterusnya ialah mengeringkannya secara manual. Elakkan membasuh Aulora Series dengan mesin basuh!

Ciri putar kering pada mesin basuh pasti akan berisiko merobek atau mengoyakkan seluar dan Aulora garments kita.


4. Titiskan kering di tempat teduh. Biarkan air menitis dahulu daripada pakaian Aulora. Titiskan kering atau keringkan pakaian Aulora di tempat yang jauh dari sinar cahaya matahari (avoid direct sun)


5. Apabila titisan berhenti, letakkan seluar Aulora (atau mana-mana pakaian Aulora yang lain) pada penyangkut, gantung di belakang pintu atau dalam suhu bilik dan biarkan ia kering dengan sendirinya.

Keringkan seluar hanya dengan udara - gantung dan anginkan. Jangan sesekali keringkan dengan mesin pengering. Elakkan pengeringan dan cahaya matahari langsung. Anginkan Aulora di tempat yang jauh dari sinar cahaya matahari (avoid direct sun)


6. Jangan sesekali gunakan seterika. 


Nota: Berhati-hati apabila menggunakan penyangkut pakaian. Pastikan penyangkut tidak mempunyai sebarang sudut tepi yang tajam atau ia mungkin menyebabkan material lembut seluar tersangkut apabila anda cuba menarik seluar dari penyangkut. Berhati-hati juga dengan barang kemas supaya tidak "mencederakan" Aulora kesayangan kita.


Terdapat pengalaman beberapa orang pelanggan yang kurang bernasib baik apabila seluar tersangkut pada ampaian selepas pengeringan. Pengalaman duka yang juga sama apabila seluar tersangkut pada cincin menyebabkan benangnya terkeluar dan mengalami sedikit koyak.


Jika anda menariknya terlalu kuat, tepi tajam pada penyangkut boleh mengoyakkan bahan seluar. Kerana material pakaian Aulora dibuat menggunakan serat nilon Kodenshi, penjagaan yang betul harus diberikan semasa mencuci dan mengeringkannya supaya fungsi getah dan compression masih kekal seperti baru.


S : Alamak, kalau TAK SENGAJA dah termasuk mesin basuh, macam mana?


J : Jangan risau, selagi mana pakaian Aulora ini tidak hangus terbakar. Ia akan masih tetap boleh dipakai dan memberi manfaat FIR (Far Infrared) pada si pemakai. Cuma jangan selalu sangat ter ter.. kita sayang dekat material tu. Nanti longgar, dah tak sedap pakai, dah tak grip macam sebelum.

Secara ringkasnya, mencuci Seluar Aulora dengan Kodenshi adalah proses yang mudah dan ringkas. Hanya ikuti langkah di atas atau rujuk sahaja pada packaging pakaian Aulora korang dan kesemuanya akan baik-baik sahaja.


S : Apakah yang berlaku jika anda mengeringkan seluar secara tidak sengaja di bawah terik matahari?


J : Tiada apa-apa yang akan berlaku tetapi jangan lakukannya terlalu kerap atau seluar mungkin longgar keanjalannya dan menjadi kasar.


Selamat berAulora. Semoga perkongsian ini bermanfaat!


Hantar Mesej WhatsApp Kak Ebah atau jadilah sebahagian daripada team IBO kami Daftar Aulora with BE_Nusaybah untuk lebih penjimatan dan konsultasi berterusan.

Kak Ebah doakan bagi mereka yang berhajat dan sedang mencari-cari ikhtiar kesihatan yang lebih baik, direzekikan untuk mencuba Aulora. Biiznillah.

Untuk info lanjut berkenaan Infrared Clothing with Aulora Series, jom join telegram channel kita sini
Subscribe to MyTelegram


Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !