KENAPA PROBIOTIC SAJA TAK CUKUP?

Kak Ebah
0



Bila mula belajar pasal gut health, satu benda yang aku perasan, selama ni bila sebut bakteria baik dalam usus, benda pertama kita fikir mesti probiotic.


Nak jaga usus?
Cari probiotic.


Perut selalu tak selesa?
Probiotic.


Nak balance balik bakteria?
Probiotic.


Aku pun dulu tahunya itu je. Siap confuse prebiotic and postbiotic sampai ke sudah hahaha. Tapi rupanya kalau kita nak faham microbiome, cerita dia bukan sekadar “masukkan bakteria baik.”


Bayangkan kita ada satu taman. Kita boleh tanam pokok yang bagus sebanyak mana pun. Tapi kalau tanah tak dijaga, makanan untuk pokok tak cukup, environment tak sesuai… pokok tu pun susah nak thrive.


Lebih kurang macam tu juga bila kita bercakap tentang ecosystem dalam usus. Sebab sebenarnya ada 3 benda yang kita selalu dengar dalam gut health:


PREBIOTIC

Ini makanan kepada bakteria baik.

Kebanyakannya datang daripada jenis fibre tertentu yang tak dicerna sepenuhnya oleh badan kita, tetapi digunakan oleh bakteria dalam usus.


Senang cerita… kita makan untuk feed bacteria kita juga. Kemudian ada:

PROBIOTIC. Ini microorganisms hidup yang bila diambil dalam jumlah yang sesuai boleh memberikan manfaat kepada kesihatan. Ini yang paling ramai dah familiar.


Tapi ada satu lagi yang dulu aku sendiri jarang dengar.

POSTBIOTIC. Postbiotic pula berkaitan dengan komponen atau hasil daripada microorganisms yang boleh memberikan manfaat kepada tubuh.


So bila aku faham tiga benda ni, baru nampak gambar yang lebih besar. Kita bukan sekadar nak fikir,

Ada bakteria baik ke tak?”


Kita nak fikir tentang ecosystem tempat bacteria tu hidup. Apa yang kita feed. Apa microorganisms yang ada. Dan apa yang terhasil daripada aktiviti mereka.


Sebab microbiome kita bukan satu botol yang kita boleh isi bakteria baik sampai penuh kemudian settle. 


Ia hidup.

Ia berubah.


Dan apa yang kita makan serta bagaimana kita hidup turut mempengaruhi environment tersebut. Di sinilah baru aku faham konsep Triobiotic.


Gabungan: Prebiotic + Probiotic + Postbiotic.


Dan ini juga antara perkara yang buat aku interested bila belajar tentang N’exBio, sebab N’exBio dibangunkan dengan pendekatan Triobiotic — bukan probiotic semata-mata. 


Tapi satu benda aku tetap pegang. Supplement is still a supplement. Ia bukan lesen untuk kita abaikan fibre, makan ikut suka, tidur tunggang-langgang dan berharap satu sachet settle semua. 


Asas tetap asas.


Makan dengan lebih baik.

Cukup fibre.
Cukup air.
Tidur.
Bergerak.
Jaga stress.


Sebab akhirnya bila kita bercakap tentang gut health… kita bukan sekadar menjaga perut. Kita sedang menjaga satu ecosystem yang hidup bersama kita setiap hari.


Dan rupanya… probiotic hanyalah sebahagian daripada cerita.

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !