DAH KENA TERUK PUN TETAP BUAT LAGI, MASA TU AKU MULA FAHAM...

Kak Ebah
0


Ada satu hari tu aku marah gila dekat Ain. Bukan marah biasa. Tahap aku mengamuk dan pukul dia. 


Sebab dia pergi bereksperimen dengan skincare yang aku baru beli. Dan skincare untuk kulit sensitif macam aku ni, memang bukan kategori beli dekat farmasi yaa.


Yang buat aku lagi meletup, ini bukan kali pertama. Sebelum tu dah pernah jadi. Aku dah marah. Dah explain.


Siap bagi warning versi ugut,

“Kalau Ain buat lagi…”

You know the rest. 


So bila dia buat lagi, dalam kepala aku waktu tu cuma satu. Budak ni tak serik ke?


Dah pernah kena marah teruk.

Dah tahu Ibu tak suka.

Dah tahu barang tu mahal.

Dah tahu tak boleh usik.

Kenapa buat lagi?

Sampaikan makcik dia sendiri pernah cakap,

“Acik laa kalau ada Ibu garang macam tu, tak berani Acik nak buat.”


Haaa. Itu yang aku fikir juga. Sebab logik kita sebagai orang dewasa macam tu kan. Kalau consequence cukup kuat, anak akan ingat. Kalau dah kena sekali, next time sebelum buat dia akan teringat,

“Oh tak boleh. Hari tu aku dah kena.”


Tapi Ain macam tak.


Dan dulu benda ni memang buat aku tertanya-tanya.

Tak takut ke?

Tak serik ke?

Tak insaf ke?

Atau memang sengaja nak cari pasal dengan Ibu ni? 


Tapi slowly aku mula perasan sesuatu pada Ain.

Dia sebenarnya ingat. Kalau aku tanya balik apa yang jadi hari tu, dia tahu.

Dia tahu aku marah. Dia tahu apa yang dia buat salah. Kadang-kadang dia sendiri boleh repeat balik apa yang sepatutnya dia buat. Tapi bila datang situasi baru dan curiosity dia dah mengambil alih… semua benda yang dia “tahu” tadi macam tak sempat menjadi brake.


Yang ni mengambil masa untuk aku faham.


ADHD bukan semata-mata masalah tak tahuKadang-kadang masalahnya ialah tahu, tapi tak sempat menggunakan apa yang dia tahu pada saat dia memerlukannya.


Impulse datang dulu.

Curiosity datang dulu.

“Apa benda ni?”

“Kalau campur ni dengan ni jadi apa?”

“Aku try sikit je.”

Action.

Then baru…

Oh shit. Ibu...


Dan bila aku mula belajar tentang ADHD, baru aku faham kenapa benda yang selama ni aku interpret sebagai “tak serik” mungkin sebenarnya berkait dengan impulsivity dan executive function.


Mengetahui consequence tak semestinya bermaksud otak sempat retrieve consequence itu sebelum bertindak. Especially bila depan mata ada sesuatu yang baru, menarik dan buat dia curious.


Sebab itu untuk sesetengah anak ADHD, kita tak boleh bergantung kepada, dia dah pernah kena. Mesti dia tahu.”

Ya.

Dia tahu.


Persoalannya ialah adakah pada saat impulse itu datang, dia sempat berhenti dan access apa yang dia tahu?


Itu dua benda berbeza. Dan part ni agak pedih untuk aku sendiri terima.

Sebab aku mula sedar… pukul sekalipun tak semestinya mengajar skill yang sebenarnya dia belum ada.


Ia mungkin buat dia takut pada aku waktu itu.

Dia mungkin menangis.

Dia mungkin menyesal.

Dia mungkin berjanji takkan buat lagi.


Tapi takut dan self-control ialah dua benda berbeza. Dan bila aku betul-betul faham benda ni… aku broken teruk. Sebab aku teringat balik muka dia masa tu. Muka innocent dia menangis, tahan sakit kena hanger dekat kaki.


Aku boleh ingat lagi muka tu. Dan bila teringat balik sekarang, sumpah sakitnyaaaa. Sebab waktu tu aku betul-betul percaya aku sedang mengajar dia supaya serik.


Aku fikir kalau kali ni dia rasa consequence yang cukup kuat, next time dia akan ingat. Rupanya mungkin bukan “tak cukup serik”.


Bukan semestinya sebab dia tak takut dengan aku. Bukan juga sebab apa yang aku cakap tak masuk langsung.


Dia tahu. Dia ingat. Tapi mengetahui sesuatu dengan mampu berhenti sebelum melakukannya ialah dua skill yang berbeza.


Itu yang aku tak faham masa tu. Dan aku tak boleh undo apa yang dah berlaku.

Part tu yang paling sakit sebenarnya. Tapi aku boleh pilih untuk belajar daripada benda yang aku dah buat. Aku boleh belajar cara otak dia bekerja. Aku boleh belajar apa yang sebenarnya dia perlukan daripada aku. Dan aku boleh ubah cara aku handle dia selepas ini.


Bukan dengan membiarkan semuanya. Bukan dengan jadikan ADHD alasan untuk setiap kesalahan. 


Salah tetap salah. Rules tetap rules. Cuma kalau masalah sebenarnya ialah dia belum ada brake yang cukup kuat antara “aku terfikir nak buat” dengan “aku buat”, maka itulah skill yang aku kena bantu bina.


Bukan sekadar tambah kuat hukuman sampai dia takut. Sebab sekarang aku tahu takut boleh menghentikan seorang anak pada satu ketika.


Tapi yang aku perlukan untuk masa depan dia ialah self-control yang boleh berfungsi walaupun Ibu tak ada.


Kalau masalah sebenarnya ialah dia belum ada brake yang cukup kuat antara “aku terfikir nak buat” dengan “aku buat”, maka itulah skill yang aku kena bantu bina.


Bukan bermaksud consequence tak perlu. Bukan bermaksud,

“Oh dia ADHD, biarkanlah.”

No.


Barang orang tetap tak boleh ambil. Rules tetap rules. Salah tetap kena betulkan. Cuma sekarang aku lebih faham bahawa selain consequence, dia perlukan external brake sementara internal brake itu sedang dibina.


Kalau ada benda yang memang tak boleh disentuh, jangan bergantung 100% kepada self-control dia. 


Ubah environment.

Rules kena specific.

Bukan sekadar,

“Jangan usik barang Ibu.”

Tapi, “skincare Ibu tak boleh buka, campur, cuba atau guna tanpa tanya Ibu dulu.”


Dan paling penting, ajar apa yang perlu dia buat bila curiosity itu datang.

Curious tak salah.

Nak explore pun tak salah.

Tapi belajar untuk ada satu gap sebelum action - Stop. Tanya. Baru buat.

Benda yang mungkin automatic untuk orang lain, mungkin perlu diajar berkali-kali kepada dia.


Aku masih belajar benda ni sampai sekarang. Sebab rupanya selama bertahun-tahun aku fikir tugas aku ialah memastikan anak aku tak buat salah lagi.


Sekarang aku melihatnya sedikit berbeza. Aku nak dia belajar apa yang perlu dibuat bila otaknya teringin sangat nak buat sesuatu. Sebab satu hari nanti skincare Ibu bukan lagi masalah terbesar dia. Dia akan keluar ke dunia yang jauh lebih besar.


Akan ada duit.

Relationship.

Kerja.

Keputusan-keputusan besar.

Dan Ibu takkan sentiasa ada di sebelah dia untuk cakap,

“Ain, jangan.”


So mungkin kerja aku sekarang bukan sekadar buat dia takut dengan consequence. Tapi perlahan-lahan bantu dia membina satu suara dalam dirinya sendiri yang boleh berhenti sekejap dan cakap,

“Aku nak buat. Tapi patut ke aku buat?”

Yang itu aku rasa jauh lebih berguna untuk dia bawa sampai dewasa. 


Dan sekarang kenapa airmata aku bertakung ni weehhh. Mungkin sebab bila tulis satu-satu macam ni, aku teringat balik banyak benda yang aku pernah buat sebab waktu tu aku tak faham.


Aku ingat aku tengah mendidik. Aku ingat aku kena jadi lebih keras supaya dia belajar. Rupanya dalam masa aku sibuk nak ajar dia jadi anak yang lebih baik, aku pun sebenarnya sedang belajar jadi Ibu yang lebih baik untuk dia.


Ain membesar.

Ibu pun sama.

Cuma bezanya, sekarang Ibu dah lebih faham sikit.

And I hope it’s not too late. 


Ibu sayang Ain.

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !