KITA SELALU ANGGAP MASALAH USUS BENDA KECIL, SAMPAILAH TENGOK ANGKA NI!

Kak Ebah
0

Sakit perut.

Kembung.

Sembelit.

Cirit-birit.

Berak tak menentu.


Benda-benda ni terlalu common sampai kadang-kadang kita anggap,

Alaaa perut je.”


Aku pun dulu macam tu. Bukan tak tau, tapi tak ambil tau banyak sangat, sebab rasa masih muda yaaaw.


Selagi boleh membuang. Tak sakit sampai kena masuk hospital. Okay lah kot.

IBS sahaja dianggarkan melibatkan ramai manusia. 


Kemudian aku tengok pula colorectal cancer. Malaysia tidak terkecuali. Dan jangan fikir ini cerita orang tua sahaja. Tapi satu benda kena clear


Tapi bila aku mula belajar pasal gut health dan tengok statistik penyakit yang melibatkan sistem penghadaman… aku rasa kita memang kena berhenti pandang usus sebagai “tempat makanan lalu” sahaja.


Sekitar 15% populasi dunia mengalami Irritable Bowel Syndrome atau IBS. Dan IBS bukan sekadar “sakit perut”. Ia boleh datang dengan abdominal pain, bloating, cirit-birit, sembelit atau kedua-duanya berselang-seli. Tapi IBS juga penting untuk dibezakan dengan IBD — Inflammatory Bowel Disease.


Nama hampir sama. Tapi bukan benda yang sama. IBD melibatkan inflammation dalam saluran penghadaman dan boleh menyebabkan komplikasi yang jauh lebih serius.


Yang ni angka dia ermmm. takuuut.


Menurut WHO, pada tahun 2022 dianggarkan ada sekitar 1.9 JUTA kes baru colorectal cancer di seluruh dunia.


Dan lebih daripada 900,000 kematian dalam satu tahun.


Colorectal cancer sekarang merupakan kanser ketiga paling common di dunia dan penyebab kematian akibat kanser kedua tertinggi.

Kalau bahagi kasar 900,000 kematian tu sepanjang setahun…

lebih kurang 2,400 orang sehari.


Bukan untuk takutkan sesiapa. Tapi angka tu buat aku fikir. Usus yang kita jarang sangat fikir pasal dia ni… rupanya bila ada masalah yang serius, kesannya bukan kecil. 


Malaysia pun bukan terkecuali


Dalam National Strategic Plan for Colorectal Cancer Kementerian Kesihatan Malaysia, colorectal cancer dilaporkan sebagai kanser kedua paling common dalam populasi Malaysia.


Berdasarkan Malaysia National Cancer Registry 2012–2016 yang digunakan dalam laporan tersebut, ia merupakan kanser paling common dalam kalangan lelaki Malaysia dan kedua paling common dalam kalangan wanita.


Yang buat aku lagi concerned ialah colorectal cancer bukan semestinya datang dengan warning besar dari awal. WHO sendiri menyatakan sesetengah orang tak mempunyai simptom pada peringkat awal.


Bila ada simptom, antaranya boleh termasuk perubahan corak membuang, darah dalam najis, sakit abdomen, turun berat badan tanpa sebab, fatigue dan iron level yang rendah. Memang risiko colorectal cancer meningkat dengan usia dan kebanyakan kes berlaku selepas umur 50.


Tapi WHO turut melaporkan peningkatan burden dalam kalangan orang dewasa 30–50 tahun di sesetengah tempat.


So umur muda bukan alasan untuk kita langsung tak ambil tahu. Aku tak tulis semua ni untuk cakap:

kembung = cancer.

sembelit = cancer.

IBS akan jadi cancer.

No.


Itu semua benda berbeza dan kita tak boleh simply connect macam tu. Aku share sebab aku sendiri baru sedar betapa besarnya dunia gut health ni.


Daripada functional disorders macam IBS. Inflammatory disease macam IBD. Sampailah kepada penyakit serius seperti colorectal cancer. 

Usus memang patut kita ambil tahu sebelum ada masalah besar dan penjagaan pun bukan bermaksud makan supplement kemudian settle.


Fibre.

Whole foods.

Buah dan sayur.

Movement.

Berat badan.

Tak merokok.

Kurangkan processed meat.

Screening bila sampai umur atau ada risk factors.


Dan paling penting jangan normalize simptom yang berpanjangan. Kalau perubahan bowel habit tak hilang-hilang, ada darah dalam najis, turun berat tanpa sebab atau simptom lain yang merisaukan, pergi check.


Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !