3 TIPS TERBUKTI BERKESAN UNTUK BERJAYA MENYUSU SELAMA 2 TAHUN

Kak Ebah
0

Alhamdulillah.. makin hari makin ramai ibu yang semakin celik dengan kepentingan menyusukan bayi dengan susu ibu.

Macam yang saya dah ceritakan panjang lebar pada entri Perlukah stok susu yang banyak gila untuk menjayakan penyusuan sebelum ini, 3 tips yang saya amalkan sejak dari anak pertama ialah :

1. Pam hari ini untuk esok

Setiap hari saya akan membekalkan 4 botol stok ebm ke taska anak. Setiap kali berjauhan dengan mereka samada di tempat kerja, berkursus atau bertugas di luar kawasan, saya akan setia membawa bersama alatan mengepam.

Jika setiap hari saya berjaya mengumpulkan 4 botol susu perahan dengan kuantiti 5oz setiap satu, saya cuma akan menggunakan 3 daripadanya untuk dihantar ke taska anak. Baki yang satu lagi saya akan simpan di bahagian beku sebagai stok susu simpanan. Pada malamnya sebelum tidur, saya akan membawa turun 1 daripada stok ebm beku ke bahagian chiller untuk dicairkan.

Saya akan memerah 2-3 kali sehari ketika di berjauhan dengan adik Ain Sufi, tak kiralah samada di pejabat, semasa berkursus atau dalam perjalanan pergi dan balik dari pejabat. Pada kebiasaannya saya akan membawa pulan 3-6 botol susu perahan dengan purata sekitar 5oz setiap satu bergantung kepada sesi mengepam.

2. Guna formula First-in, First Out

Menyimpan dan menggunakan stok EBM cara saya :

Setibanya di rumah, saya akan menyimpan 2/3 daripada susu yang dibawa pulang ke bahagian sejuk (fridge) dan 1/3 lagi di bahagian beku (freezer). (ia bergantung kepada berapa botol yang berjaya dibawa balik pada hari tersebut)

Sebelum tidur, saya akan mengeluarkan 1-2 botol susu daripada stok ebm beku dan letakkan di bahagian chiller dalam keadaan direndam dalam bekas berisi air untuk mencairkannya.

Pada keesokan harinya saya akan mengambil susu beku yang telah cair, memindahkannya ke dalam storage bottle (saya guna storage liners untuk simpanan di peti beku untuk penjimatan ruang). Susu ini akan dilabelkan sebagai No.1 dan 2.

Setiap hari saya akan bekalkan 4-5 botol susu perahan ke Taska adik (bergantung kepada jam berapa saya akan ambil adik di taska sebab kadang-kadang saya lambat). Jadi, baki botol bernombor 3, 4 dan 5 akan saya letakkan di botol-botol freshmilk yang baru diperah semalam.

Dalam keadaan tertentu saya akan menggunakan semua susu fresh untuk dihantar ke taska terutamanya jika adik Ain sedang selsema, batuk, demam atau kurang sihat.

3. Ambil kesempatan semasa cuti hujung minggu/public holiday untuk buat stok berlebihan sebab masa-masa kita asyik bertenet dengan anak macam ni demand akan lebih daripada hari bekerja (sebab kita perah guna pam), breast akan kerap engorged, susu akan lebih banyak dan cepat flow.

Dengan cara ini inshaAllah bekalan susu akan sentiasa cukup. :)

Inilah "rahsia" yang bukan lagi rahsia yang saya amalkan selama ini dan saya mesti akan kongsikan dengan kawan-kawan yang rajin bertanya sebab saya tau ia memang akan sangat membantu. :)

Jadi, secara kesimpulannya saya menggunakan kaedah pam hari ini untuk bekalan esok hari. Jangan tak percaya bahawa ada ibu-ibu yang dapat bertahan menyusukan bayinya sehingga genap usia 2 tahun tanya dengan formula ini, sekalipun setiap hari dia cuma mengais untuk bekalan hari berikutnya. Anaknya sihat, susu pun ngam-ngam cukup. Bonus lagi bila berat badan pun maintain je. :)

Alhamdulillah, dengan pendekatan ini, kedua-dua orang puteri saya sangat jarang sakit. Mungkin juga berkat pengambilan suplemen penyusuan yang saya percaya sangat membantu untuk saya kekal sihat bertenaga untuk menghasilkan bekalan susu yang bukan sahaja cukup untuk mereka, malah juga berkualiti.

Dengan menggunakan kaedah ini, saya dapat menyusukan kakak Iman Nasuha secara penuh selama satu tahun 6 bulan. Itupun sebab saya terpaksa "memberhentikan" rutin memerah di pejabat kerana beberapa kekangan kesihatan sebaik sahaja disahkan mengandung anak kedua. Kalau dikenang-kenang semula rasa kesian sangat dekat kakak. Hampir 2 bulan dia hanya minum air masak masa di taska sebelum mau menerima susu kambing mummylicious yang saya bekalkan saban hari. Iskk..memang sedih kalau teringat.

Oh ya, perjalanan penyusuan saya itu tanpa deep freezer, tanpa stok yang terlalu banyak, dengan beberapa tragedi di mana saya terpaksa membuang hampir 500 oz ebm beku yang kesemuanya rosak masa power trip sepeninggalan kami balik ke kampung. Itu belum dicampur lagi dengan pek-pek storage liners yang terpaksa dibuang kerana expiry date yang telah melebihi 3 bulan.

Saya bertahan memang dengan ebm beku yang tak seberapa itu, dan diakui ia memang sangat-sangat membantu! Kaedah yang sama masih juga saya gunakan sehingga hari ini, semasa menyusukan adik Ain Sufi yang dah pun berumur setahun 2 minggu. :) Moga dipermudahkan perjalanan penyusuan saya sehingga usia adik 2 tahun inshaAllah.. :)
Pengalaman Sendiri

Apa yang saya kongsikan ini memang berdasarkan pengalaman sendiri. Dengan niat nak bagi anak susu badan sejak mengandung lagi, saya top-up ilmu mana yang saya rasa masih kureng. Apa yang tak berapa best masa anak sulung, saya tambahbaik masa anak kedua.

Memanglah, kalau diikut-ikutkan hati, siapa yang taknak beli sebijik lagi peti beku khas untuk simpanan susu bakal baby kan? Tapi, bila dihitung kira tentang sejauh mana keperluannya, saya rasa tidak perlu.

Masa kakak dulu, setiap kali lepas bagi baby menyusu, kelam kabutlah saya nak pam. Supaya breast betul-betul kosong dan dapat produce susu yang baru. Supaya dapat mengosongkan payudara dengan efektif katanya. hahaha. Betul-betul ikut formula dalam buku.

Bukanlah salah, tapi saya rasa masa tu saya terlalu keterlaluan. Terlebih excited nak buat stok susu gara-gara teruja sangat tengok orang lain duk share gambar ebm yang cantik tersusun dalam deep freezer. Sampaikan terpaksa bangun tengah malam untuk keluarkan susu sebab baju basah. Dah jadi melawan hukum pulak sebab permintaan palsu yang terlebih-lebih daripada apa yang breast tawarkan. Kesian pulak kat diri sendiri bila fikir balik.

Jika dibandingkan pun, saya menggunakan approach yang sedikit berbeza pada kedua-dua mereka. Dari segi jadual mengepam sehinggalah kepercayaan yang dapat disimpulkan daripada beberapa situasi, akhirnya menjadi amalan saya sehingga hari ini. Ia termasuklah cara pemilihan dan jenama pam yang patut dipilih.

Kebetulan, masa anak sulung saya hanya ada single pam. Constraintnya tak lain dan tak bukan sebab masa yang selalu mencemburui. Memang rasa dan nampak beza lepas saya upgrade kepada double pam. Sehingga hari ini pun masih cukup dan boleh memenuhi keperluan. Tanpa deep feezer, dan yang paling best, tanpa perlu bangun tengah malam. :)

Pengalaman lalu memang banyak mengajar saya untuk menyesuaikan jadual perahan dan stok sekadarnya mengikut keperluan baby. Sekali lagi prinsip saya, tidak perlu bagi semua ibu untuk simpan stok ebm yang banyak gila, sebaliknya lihatlah pada sebanyak mana keperluan anak masing-masing. Kalau ikutkan seronok, memang seronok dan teruja sangat rasa nak ada peti ais besar yang fefeeling macam kedai tu, tapi apalah gunanya kalau kita berpenat-penat memerah tetapi akhirnya susu perahan tu terpaksa dibazirkan ke tong sampah.

Yang pernah mengalami akan mengerti bagaimana perasaaan sedih, sayu dan letih ini yang bergumpal menjadi satu.

Ilmu tentang penyusuan adalah sangat penting kerana ramai ibu yang bersetuju bahawa kegagalan penyusuan mereka yang terdahulu adalah kerana kurangnya ilmu atau ilmu yang cetek tentang penyusuan. Selain itu, persediaa mental juga harus menjadi keutamaan kerana ternyata bukan mudah untuk menjayakan penyusuan kalau tidak kental.

Bukan baju atau permainan mahal yang mereka mahukan, tetapi cuma titisan mutiara yang berharga untuk membina imuniti dan mengelak jangkitan penyakit. Tak ada ibu yang tidak mahukan yang terbaik buat anaknya kan.

Breastfeeding hari ini bukan macam dulu dah. Di mana-mana pun kita boleh nampak ibu menyusukan anaknya di public, di mall ada disediakan breastfeeding room, baju, blaus dan dress menyusu juga semakin mendapat permintaan walaupun dijual dengan harga yang agak tinggi dan boleh tahan mahalnya. Ibu masih tetap boleh bergaya dan cantik walaupun bergelar mak menyusu. Malah, kadang-kadang design dress-dress menyusu ni lagi trendy dan up-to-date pulak.

Itu belum lagi dikira tentang kemudahan yang disediakan di pejabat untuk kegunaan ibu mengepam susu. Boleh dikatakan ke mana-mana pun kita pergi, geng-geng ibu menyusu ni sentiasa ada. Siap ada komuniti dan group sokongan juga yang sama-sama berkongsi dan membantu ibu-ibu baru yang masih belum ada pengalaman. Sangat beruntung sebenarnya kita-kita ni.

Buat ibu-ibu yang baru bermula, teruskan mencedok ilmu melalui pengalaman rakan-rakan yang telah berjaya. Buat yang sedang berjuang pula moga kita sama-sama dapat bertukar-tukar ilmu untuk permata hati yang kita cintai.

Semoga perkongsian penuh excited ini dapat membantu ibu-ibu yang sedang teruja di luar sana!

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !