9 TIPS MUDAHNYA MENYUSUKAN BAYI SUPAYA IBU TAK STRESS

Kak Ebah
0

Sehari dua ni ada sorang officemate mengadu,

Saybah, aku rasa macam dah tak mampu nak teruskan breastfeed lah. Susu aku dah makin sikit. Budak kenit tu pun asik mengamuk je sebab tak kenyang. Nak kena campur formula jugaklah nampaknya ni.

Dengan tiba-tiba, ada rasa sayu pulak kat hati sendiri. Teringat pengalaman menyusukan 2 orang anak dara yang terdahulu. Memang macam tak percaya boleh buat. But yet, memang bukan senang tapi sangat mampu dilakukan sebenarnya.

Anak kawan tu dah umur 6 bulan lebih, hampir masuk 7 bulan.

Bukan nak up-up diri sendiri, tapi memang ramai yang mengadu kes-kes begini. Aduan dengan muka sedih dan risau.

Apa agaknya tips nak berjaya atau langkah yang boleh diambil.

Jom cekidout Rahsia Mudahnya Menyusu sampai umur anak 2 tahun :

1. Rancang - "If you fail to plan, you plan to fail"

Bab nak menyusukan anak dengan susu badan sendiri ni pun satu perancangan besar juga sebenarnya.

Macamana kita merancang nak kahwin, nak jemput berapa orang tetamu, nak pakai baju warna apa, nak buat dekat mana. Semua kena rancang betul-betul supay majlis tak huru-hara dan bikin malu satu family.

Macamana kita merancang nak ada anak, nak berapa orang anak, nak jarakkan umur anak, nak susun jantina anak, macamtu jugalah bila nak menyusukan anak.

Macamana masa kita mengandung kita banyak membaca buku dan magazines tentang pregnancy, alahan mengandung, makanan yang baik untuk mak mengandung, apa nak buat bila ada yang kantoi masa checkup, cara nak elak diabetis masa mengandung, macamana nak naikkan bacaan hb, etc etc.

Samalah jugak dengan hal ehwal nak menyusukan anak ni. Ambil tahu semuanya tentang breastfeeding. Apa masalah yang selalu berlaku, macamana nak buat stok susu, cara penyimpanan susu, apa nak buat kalau susu merudum, makanan dan apa amalan yang bagus untuk elakkan susu drop, etc etc.

Kalau dah pasang niat nak bagi susu badan sendiri, maka WAJIB juga persiapkan diri dengan ilmu breastfeeding terutamanya kalau semua baru nak jadi 1st experience. Pertama kali nak jadi emak, pertama kali nak pegang anak sendiri, pertama kali jugak nak sua "puting" dekat mulut budak.

Bukan setakat excited nak beli baju dan buat persiapan kelengkapan barang baby. Baca. Baca. Baca dan tanya jika ada yang confuse, tak tahu, tak faham.

2. Menyusu sebab nak jimat duit di zaman kegawatan VS nak bagi da best untuk anak walau apa pun yang terjadi.

Bezakan 2 perkara penting ni. Memang penting sangat. Kalau setakat nak berjimat, memang bukan isu. Kalau macamni je niatnya, maka nanti mudahlah nak terpesong bila dah rasa "kaya" sikit. Bila dah ada duit extra, bila gaji dah naik, bila ada bonus.

Ada duit ke tak, tetap nak kasi anak menyusu dengan susu sendiri, sebab itu disangkutkan sebagai satu tanggugngjawab. Macam tanggungjawab nak pergi kerja hari-hari kan.. jalan jem ke cuti sekolah ke, hari hujan ke tetap gigih driving walopun berejam-jam. kan?

Apalagi kalau bab anak ni. Dah berpenat lelah selama 9 bulan menggendong berat 10 kg beras ke sana-sini, lepas tu bermati-matian nak keluarkan budak daripada tuttt.. lepas tu takkanlah senang-senang nak sumbat botol nenen je pulak, kan? Sayang sangatttt!

3. Asingkan simpanan dan buat bajet untuk alatan mengepam

Bagi yang bekerja, mulakanlah menabung dan buat simpanan duit gaji yang dapat setiap bulan tu untuk beli peralatan pam untuk kelengkapan masa bekerja nanti. Tak perlu mahal atau canggih, asalkan sesuai dengan keperluan dan anatomi breast masing-masing. Ada yang suka suction manja-manja je, ada yang suka keras dan ganaz. Above all, jenama pam tak menjamin kejayaan penyusuan kalau si emak tak faham konsep.

Ini pelaburan jangka panjang. Awak akan rasa syukur yang tak terhingga dan berterima kasih sangat dengan semua ni kelak bila tengok anak tu membesar dengan air susu awak.

Baby pun jarang-jarang ditimpa sakit. InshaAllah. Jangan save duit untuk beli katil baby je. End up budak tu tidur sekatil dengan korang jugak nanti. Acah-acah nak excited je mula-mula tu. Utamakan yang utama. Tapi kalau ada budget lebih, silakan. Tak ada salah lansung pun. :)

4. Azam yang kuat dan jitu dari hati seorang ibu

Lepas dah persiapkan diri dengan ilmu yang penuh di dada, tanamkanlah azam di dalam diri untuk menyusukan anak yang dilahirkan tu sehingga genap umurnya 2 tahun. Bukannya setakat azam nak kurus cepat-cepat lepas beranak jee...

Jangan setakat cakap "saya memang niat nak susukan baby saya ni hingga cukup 2 tahun, tapi usahaya nan hado". Samalah macam kita niat nak puasa jugak, lafaz niat tu tak penting yang penting laksanakan apa yang patut buat dan wajib tinggalkan sejak terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.

Ada masalah, cepat-cepat tanya jangan buat-buat pandai dan ikut fahaman sendiri.

5. Jadi pekak. Lantaklah apa orang nak kata.

Memang ramai dah jumpa mak menyusu yang kategorinya begini. Angkut pam dan beg sejuk tu everywhere. Mak-mak yang bekerja pulak, training atau outstation memang orang tau dah apa gadget yang dibawak tu.

Yang jenis suka menjeling-jeling boobs iolss pun ado. Al-malumlah, dia punya penampilan tu agak ketara walopun dah tutup sehabis daya. (sampai kadang-kadang ada kes lupa nak butang baju yang terbuka. adeh!)

Nak dimalukan apa kan, bukannya kita buat kerja jahat atau benda terkutuk. Tapi janganlah pulak sengaja pergi show-off - buat-buat jalan mendada dan saja-saja takmau butang baju pulakk.

Tengok balik pada usaha yang dah dibuat. Bila susu mula drop dan kita rasa dah letak usaha sehabis baik untuk up kan balik production tapi tetaplah jugak tak berjaya... (susah nya la hai nak bagi susu banyak niiii), tengok pulak balik apa usaha yang dah dibuat tu. Cuba listkan dan buat homework sikit.

Kalau jawapannya dah makan macam-macam sampai tahap nak termuntah dah, tapi susu sama jugak macamtu je, itu bukan usaha tapi mengharapkan keajaiban. Tak ada apa jua kuasa supersaiya pun yang boleh kasi susu banyak dengan tiba-tiba.

Fahami konsep dan undang-undang asas penyusuan. Khatamkan. Macam-macam so called "milk booster" yang ada di pasaran sekarang ni. Yang paling penting wahib faham, milk booster tu bukan magik!

6. Again. Rajinkan membaca dan bertanya sebab menyusu ni suatu perjalanan dan pengalaman. (Ulang banyak kali takpe, kan) :)

Cabaran ibu A tak sama dengan ibu B.

Begitu jugak dengan baby. Baby C tak sama dengan baby D.

And ofkos, masalah dan challenge yang datang sepanjang perjalanan penyusuan pun takkan sama.

Jangan sibuk nak banding-bandingkan anak you dengan anak orang, berapa banyak susu you dengan susu orang. Da most important is anak you kenyang dan sihat. Sekali pam dapat 3 oz jek tapi baby you sekali minum 8 oz?

Apa nak buat?

Bangun malam, buat power pumping dengan gembiranya sebab di keheningan malam yang panjang itu, hormon prolaktin (penyusuan) sangat aktif bekerja. Apa ada hal?

7. Google ilmu menyusu yang sangat banyak bersepah-sepah

Sekarang ni semuanya di hujung jari jek. Taip je apa yang nak tahu, blogger pun ramai yang suka share pasal diorang punya breastfeeding journey. Macam yang awak tengah baca sekarang ni, kan? :)

Jangan asyik google gossip artis or scroll fb aje. Tak semestinya kena pergi kelas berbayar segala. Manfaatkan perkongsian ilmu percuma yang ada di depan handphone masing-masing tu. Semua pun ada mobile data kan?

Lepas baca, tulis. Life is a learning process which never being stopped. Pengalaman ibu-ibu breastfeeding ni mahal-mahal belaka.

8. Jangan cuak. Jangan cepat down. Abaikan kata-kata negatif yang menjahanamkan.

It's not easy, but it's very possible to achieve. Kalau cukup ilmu, inshaAllah apa jua yang datang pun kita boleh hadap dengan senyuman je. Refer balik No.7. *Cuma janganlah mudah-mudah percaya dengan coach susu bukan-bukan tu. Ramai sangat dah sekarang ni yang suka declare dirinya sifu tapi.. (lu jawablah sendiri)

9. Libatkan diri suami sekali dengan tanggungjawab yang satu ni.

Yes, menyusukan anak dengan susu ibunya adalah suatu tanggungjawab. Kalau si ibu tu tak mampu, ayah kena usaha carikan ibu susuan. Sampai begitu sekali tau dia punya penting.

Bila baca apa-apa info pasal breastfeeding, sebut satu-satu depan suami. Cakap kat dia "Saya nak menyusukan anak kita ni dengan susu badan, jadi mohon abang tolong sama-sama support supaya sayang tak rasa keseorangan dan menyelam ke dasar laut"

Aishh.. takkan buat anak je pandai kan?! :)

Dah cukup SEMBILAN. Khatamkan sampai muntah. Bila dah tau je pregnant, hadam setiap bulan satu.

Tahniah.  Semoga berjaya. Andalah seorang ibu yang hebat!

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !