BALM ORGANIK PILIHAN IBU UNTUK BAYI KEMBUNG, BATUK, SELSEMA DAN SUSAH TIDUR

Kak Ebah
0

Pertama kali dengar Tasneem Naturel ni terus teringatkan adik perempuan yang juga diberi nama yang sama.

Comel kan adik saya? (So tiba-tiba) kikiki.

Bunyi pun lembut je. Tasneem + Naturel. Nak beli pun rasa confident je, gitu.

Oklah, tak nak ulas banyak pasal nama.

Dipendekkan cerita, saya berpeluang sapu dan gosok pada anak sendiri masa si boboi saya tu berjangkit selsema dengan kakak dia yang asyik datang cium-cium adik 30 kali sehari. Almaklumlah, baru naik pangkat jadi kakngah katakan.

Akibatnya, umur masih dalam hari lagi pun dah meleleh-leleh hingus anak bujang hamba tu. Risau oi!

Kebetulan masa tu, Nu'man terjebak dengan "prolonged jaundice". Apa lagi, memanglah tak sabar dan memuncak-muncak lah keinginan ibu dia ni nak tenyeh balm yang selalu disebut-sebut orang ni.

Sebelum-sebelum tu pun memang dah terbaca yang the most common essential oils like lavender, eucalyptus, frankincense, lemon, peppermint and tea tree oil adalah antara minyak yang bagus dan banyak manfaat.

Boleh baca kisah Prolonged Jaundice - Bahaya ke ? Bila ibu sepatutnya rasa risau ?

Just in time. Terus laju-laju order dengan kawan yang kebetulan ada ready stock di kawasan Kajang-Bangi. Jujur, memang aku tamak rasa nak aje beli semua warna bila dah baca dia punya fungsi yang best tu. hahaha.

IT SOOOO ME!

Nasib baik tak semua stok yang available masa order tu. 2 botol yang saya dapat beli dan saya rasa i need it the most. (Tapi sekarang, saya dah ada semua 4 jenis balm dengan 4 fungsi dan 4 warna botol comel yang sangat mudah di bawa ke mana-mana)

Cough flu untuk batuk selsema dan calm time untuk kasi baby bertenang.

Bila sapu, bukan anak je yang rasa nak lelap. Ibu dia pun 2 x 5.

Rasa relax je. Tak cukup tidur pun boleh wat lek wat pis lagi maktang waktu tu. Even badan penat, tapi minda rasa cool je, tak ada stress atau rasa nak hijau sangat pun walau anak dah bertambah.

Bukan ibu sorang, kakaknya si baby yang berdua lagi tu pun selalu datang baring depan ibu nak suruh calit-calit dekat leher, dada dan belakang diorang sebelum tidur. Mula lah masing-masing buat muka sakit sebab nak minta simpati ibu yang kedekut balm wangi ni. Hahaha.

Setiap kali itu jugalah saya pun tertanya-tanya dalam hati, apalah agaknya bahan yang ada dalam balm ni eh?

Yang buat saya suka sangat ialah, balm ni tak melekit, tak panas, tak pedih dannnn....

Bau dia, memang sumpah sedap! Nak sapu lebih pun sayang, rasa nak jimat-jimat sebab takut cepat sangat habis. hehehe.

tapi jangalah risau, nampak je comel tapi tapi dalam dia memang padat dan tahan lama. 2 balm yang saya beli masa anak jantan dalam pantang dulu tu pun belum habis-habis lagi.

Pertamanya, sebab memang pakai sikit je.

Yang kedua pulak, sedar tak sedar sistem imun anak pun dah ada improvement jugak, lah.

Teruslah rasa nak belek-belek fliers yang disertakan dekat botol balm yang comel ni, lalu terbaca lah "rahsia" nya :

COUGHFLU TIME - Soothe Cough and Flu

  • Bantu kurangkan selesema dan cairkan kahak
  • Bantu melegakan asthma
  • Mengurangkan suhu ketika demam

CARA GUNA: Sapu pada hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki, dan dada

RAMUAN: Lemon, Sweet orange, Eucalyptus, Cypress, Tea Tree

CALM TIME - Promoto Full Body Relaxation

  • Memberikan keselesaan kepada bayi
  • Mengurangkan keletihan dan tekanan
  • Bantu anak lebih tenang

CARA GUNA : Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan

RAMUAN : Lavender, Naval orange, Tangerine, Geranium, Marjoram, Frankinsense, Bergamot, Chamomile

SLEEP TIME - Support Restfull Sleep

  • Bantu anak supaya mudah tidur lena
  • Bantu anak bangun dalam mood ceria
  • Membaiki kualiti tidur

CARA GUNA : Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga, serta pergelangan tangan

RAMUAN Cedar, Vetiyer, Roman chamomile, Sweet orange, Marjoram, Targerine fruit fermet, Ylang ylang

TUMMY TIME - Ease Tummy Discomfort

  • Membuang angin dalam perut
  • Bantu melegakan perut sebu dan kembung

CARA GUNA : Sapu pada perut dan tapak kaki

RAMUAN Fennel, Ginger, Wild mint, Tangerine, Patchouli, Lemongrass, Anise, Juniper

Bukan setakat gebang-gebang rupanya. Dah banyak saya dengar dan baca sendiri manfaat essential oil ni. Sebagai mak-mak yang nak sentiasa feeling hebat, of course meleleh-leleh air liur nak bagi yang the best untuk anak sendiri kan?

Ternyata Tasneem Naturel Baby Balm adalah produk yang berasaskan bahan semulajadi dan 100% menggunakan pati minyak (Essential Oil) yang asli.

Kelulusan KKM?

Of course ADA. Balm Tasneem Naturel ini dibuat di kilang OEM bertaraf GMP (Good Manufacturing Practices) yang mendapat pensijilan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Wah, patutlah mujarab sangat! 100% bahan asasnya menggunakan sumber daripada mother's nature rupanya. Sesuai betul dengan nama Tasneem Naturel tu. Lembut dan semulajadi, dengan lebih daripada campuran 5 jenis minyak pati yang best-best semuanya untuk setiap balm.

Direka khas untuk kegunaan bayi sehingga golongan dewasa. Orang tua pun ada masanya kembung perut, batuk selsema dan susah nak lelap mata juga kan?

Elok sangatlah ada produk yang bersifat semulajadi macam ni. Buatan bumiputera muslim pulak tu. Ibarat sentuhan mak kandung sendiri yang urut manja gituh.

Harga pun, sangatlah berbaloi dan mesra poket sesuai dengan kualiti dan keberkesanannya yang sehingga 90% berkesan.

Tak percaya?

Jemput baca testimoni di sini :

Batuk selsema hilang dengan semulajadi tanpa ubat

Anak tidur lena sampai pagi dengan Balm Magik Tasneem

Kepada ibu dan bapa mithali yang berminat untuk membuat pesanan, boleh terus direct ke sini :

TASNEEM NATUREL NETWORK

15-1, JALAN PUTRA KAJANG, TAMAN PUTRA KAJANG,

43000 KAJANG, SELANGOR

HOTLINE: 011-20964665 (ORDER) ,

atau 010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS)

IG: TASNEEM NATUREL (OFFICIAL HQ)

FB : TASNEEM NATUREL HQ

www.tasneemnaturel.com

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !