11 SEBAB PASTA SAYUR EATALIAN EXPRESS ISTIMEWA DAN MESTI KENA CUBA

Kak Ebah
0

 Assalamualaikum pembaca semua.

Woow woow woow. Ini lagi kisah "terjebak" dengan produk bagus dan of course sihat lagi menyihatkan yang nak dikongsi. Jangan risau, cuma yang healthy health aja dekat laman bebel kakngah nusaybah ni.

Kali ni bab makan anak-anak. Asbab nak buat celebration birthday party anakanda berdua Iman Nasuha dan Ain Sufi yang dah genap 5 dan 3 tahun saya berjodohan pula dengan si pembuat pasta merangkap founder Eatalian Express, Puan Aida - a pasta maker from Shah. Alam.

Elleh.. pasta je pun kan. Apa yang special sangat sampai kena buat review dan share macamni?

Haaa.. ni yang nak bagitau ni. Jom baca apa yang buat pasta Eatalian Express ini tak sama dengan pasta yang lain dan memang kena try :

1. Diperbuat daripada durum wheat semolina (juga dikenali sebagai tepung semolina) yang dicampur dengan air, diuli dan kemudiannya dibentuk kepada beberapa bentuk pilihan (bukan dari tepung gandum biasa atau unbleached flour yang lebih sesuai untuk noodle). *Kalau di Itali, pasta yang guna tepung gandum, tak layak atau tak lulus untuk diberi nama pasta tau!

Baca : Khasiat tepung semolina yang ramai penggemar pasta belum tahu dan mesti baca

2. Menggunakan puree sayur-sayuran yang 100% asli (bukan serbuk atau perasa sayur-sayuran yang bukan semulajadi atau sintetik). Terhasil daripada 40-50% sayuran segar yang dipilih sendiri oleh pembuat pasta merangkap owner produk, Puan Aida dan suaminya.

3. Seiring dengan namanya, Eatalian Express pasta dihasilkan dengan resepi tradisi dari Bologna, Italy – tempat lahirnya pasta di mana pemiliknya belajar sendiri cara dan rahsia penghasilan pasta yang asli dengan mesin yang juga diimport khas dari negara asalnya. Bukan acah-acah nak glemer saja tau!

4. Tanpa sebarang kandungan bahan lain seperti perasa, pewarna atau pengawet tambahan. Hanya kandungan tepung semolina + air + puri sayuran yang dibancuh dengan kasih sayang = pasta Eatalian Express yang sedap lagi menyihatkan.

5. Produk homemade pasta segar (pasta yang ditambah sayuran) pertama keluaran bumiputera yang halalan toiyiban (halal dan bersih). Juga tanpa wax atau lilin yang boleh membahayakan kesihatan. Pioneer dalam pembuatan fresh pasta di Malaysia.

6. Di Eatalian Express, produk pasta ini dikenali sebagai fresh pasta (pasta segar) yang terkandung sayur-sayuran segar yang terlebih dahulu dijadikan puree yang halus sebelum diadun bersama tepung untuk menghasilkan bentuk pasta. Gabungan karbohidrat kompleks dan khasiat sayur-sayuran yang sihat dalam satu masa. Bukan sekadar cantik dilihat pada pandangan mata, malah juga bagus untuk tubuh badan.

7. Sebelum dipasarkan, sampel pasta Eatalian Express telah dibentangkan terlebih dahulu ke pihak MARDI untuk analisis dan ujian makmal dan hasilnya, pasta sayuran ini bukan sahaja lulus cemerlang malah disahkan masih mengandungi nilai vitamin dan nutrient yang tinggi. SAMA SEKALI BERBEZA DENGAN PASTA KOMERSIAL YANG TERDAPAT DI PASARAN.

8. Kandungan kanji yang rendah (tidak ada kesan berkerak di permukaan air rebusan) dan kandungan serat (fiber) yang tinggi = 15.35 gram per servings berbanding wholewheat pasta (7 gram), wholewheat bread (6 gram) dan brown rice (3 gram). Sudahlah high in fiber, ada sayur segar pulak tu!

9. Mendapat pengiktirafan oleh TV3 untuk ke udara secara percuma sebagai tetamu jemputan dalam Slot Jom Singgah dan turut dijemput untuk muncul dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia TV1 – hanya 5 bulan selepas mula beroperasi.

10. Setiap keping pasta dalam bungkusan yang dihasilkan hanya berdasarkan “made to order basis” (lepas order baru buat) menjadikan pasta Eatalian Express betul-betul fresh dan rasanya juga sangat sedap.

11. Didatangkan dalam variasi 10 jenis sayur-sayuran yang mengandungi pelbagai khasiatnya yang tersendiri :

  • brokoli - warna hijau muda
  • bayam (spinach) - warna hijau gelap
  • lobak merah (carrot) - warna oren kekuningan
  • tomato - warna oren
  • labu (pumpkin) - warna kuning
  • bunga kobis (cauliflower) - warna putih
  • keledek (sweet potato) - warna ungu muda
  • kobis ungu (red cabbage) - warna ungu pudar
  • ubi bit (beetroot) - warna pink
  • lobak ungu (purple carrot) - warna ungu gelap

Ye, ye memang berbeza dan sangat dekat di hati kan?

Ditambah pula dengan sentuhan pembuat pasta yang menghasilkannya dengan sepenuh kasih sayang kepada anak-anaknya yang kemudiannya disalurkan pula kepada para pelanggan setia yang juga kebanyakannya seorang ibu yang mengharap kebaikan buat anak mereka.

Pertama kali dapat pegang dan masukkan ke mulut pasta pelangi ni memang rasa teruja sangat. Rasa tumpang bangga dan kagum dengan produk yang sebegini bagus hasil usaha rakyat Malaysia.

Kalau ada anak-anak yang sangat cerewet dan memilih makan, atau yang dah cerdik sangat bab mengenalpasti sayur dalam pinggan tu, memang wajib cuba.

Memang kena rasa sendiri untuk percaya dan jangan malu kalau nak repeat order okeh!

Saya sendiri pun memang dah jatuh hati dan kini menjadi penjual merangkap peminat pasta sayur EE!

 

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !