SARDIN ROLL SIGNATURE TRAVELLING & JAMUAN SEKOLAH FRIENDLY!

Kak Ebah
0

Lamaaaaa, tak share resepi sini kan? Sindrom dah hampir ke 4 series agaknya, dah "kurang rajin" nak taip panjang-panjang berjela

Sardin Roll Signature Family Kak Ani

Again, menu berasaskan sardin. Kali ni versi breakfast cum lunch cum dinner pun bolehhh. Especially kalau dah jemu nak makan nasi.
Cumanya, definitely bukan menu eat clean, tapi cheat day 😁
Gravy tu nanti simpan, boleh follow resepi ni Sambal Sardin Favourite Anak Menantu

Bahan-bahan yang perlu ada sangatlah simple.
Bawang besar (Kak Ebah suka guna bawang holland sebab lebih manis), cili kering kisar, roti sandwich putih (Gardenia Original Classic), telur dan minyak masak secukupnya.

Last..
Semestinya sardin dalam tin (recommended Cap Ayam, isi ikannya banyak dan besar-besar).

Cara-cara nak buat ada di caption.


1. Asingkan isi ikan dan gravy. Boleh simpan untuk later use. Kak Ebah memang paling suka Ayam Brand sebab isi ikan banyak dan tak ada sisik. Untuk resepi ni kita memang tak perlukan gravy tapi isi ikan sardin yang sado sudah memadai.




2. Tumiskan bawang besar yang dipotong dadu. Bawang hollang sebiji saiz besar ngam untuk 1 tin sardin. Minyak tak perlu banyak nanti isi akan jadi oily dan gulungan roti akan basah.





3. Masukkan cili kering kisar, tumis lagi sampai pecah minyak. Biasa 2 sudu cili kisar level kepedasan sederhana akan buat rasa dia ngam and balance untuk segenap usia.






4. Masukkan isi ikan sardin SAHAJA. Tanpa sos. Tak perlu letak air lansung. Kalau nak renjis sikit-sikit sos tomato dalam tin sardin tu, dibenarkan.






5. Lenyek-lenyekkan ikan sampai hancur. Masukkan asam keping dan perasakan garam gula. Masak lagi sekejap, kacau sekali sekala sampai inti sardin tu kering.





6. Finale. Rupa inti akan jadi macamni nanti. Tak berminyak, tahan lama kalau nak guna buat inti karipap ke, samosa ke, popia ke. Semua boleh.
7. Susun roti untuk steaming process. Leceh sikit tapi hasil dia kemas nanti. So, follow saja. Roti yang dah siap kukus. Panas-panas tu terus roll. Kukus roti lebih kurang 7-9 minit. Ulang lagi dan lagi sampai habis round.




8. Roll roti yang masih suam-suam. Nanti elok nipis je masa nak gulung. Kurus je output dia. Bila goreng, kurang serap minyak. Demi kebahagiaan rumahtangga ajak husband buat sama-sama. Cubit inti sikit, susun atas roti. Jangan risau guna jari, inshaAllah bersih dan suci. Susun cantik-cantik dalam tray macamni. Ashiapp 4 tin sardin dapat 8 bantal roti panjang.

9. Celup telur, rendam lama sikit baru jadi lace tepi-tepi roti tu nanti macam ni. Nak warna kuning lawa, guna telur Omega. Balik-balikkan sampai warna golden brown, baru angkat dan sejat.



10. Bila dah gulung banyak-banyak, cantik-cantik, simpan dalam bekas. Frozenkan. Nanti tak ada idea nak masak bekal anak, boleh goreng satu round. Atau tiba-tiba suami ajak pergi picnic tepi pantai hujung minggu, dah settle menu breakfast kita!



Family Kak Ebah menu ni wajibbb kalau travel, picnic, sahur dalam kereta otw balik raya, jamuan sekolah masa kecik dulu-dulu.

Selamat mencuba korang!

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !