BERLAZAT-LAZAT DENGAN MUKJIZAT, PINTU TERINDAH PERJALANAN BERTEMU TUHAN

Kak Ebah
0

Banyak perkara berlaku dalam hidup Kak Ebah recently. To be exact, in spiritual side. Bukan fizikal, tak ada kaitan dengan tubuh badan. Yerrr, yerrr belum berjaya loose weight lagiii.


Mungkin inilah jawapan kepada doa selama ini. Ingin "pulang" dalam condition terbaik, dengan ikhtiar semampu yang boleh. Semoga dihitung setiap satunya. Benarlah, kita bukan sekadar perlu mohon dari Allah, tapi perlu mencari.

Dan bila sudah didatangkan jalan, sambutlah dengan mujahadah. Semoga Allah redha dengan usaha ini.


By Ustazah Sharifah Zahidah.

Kelebihan menghafaz Al-Quran.

Hadith 1.

“Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.

Daripada Uthman bin Affan RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

Maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”. [Riwayat al-Bukhari (5027)]

Sebagai umat Islam, sangat rugi jika kita tidak mengambil peluang ini. Jika tidak sebagai pengajar, tetapi sebagai pelajar.

1. Mengajar Al-Quran

2. Belajar Al-Quran

Orang paling baik di kalangan orang beriman.


Hadith 2.

Sesungguhnya orang yang tak ada dalam dirinya sebarang Al-Quran, ibaratnya seperti rumah yang usang/ditinggalkan.

Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW:

إِنَّ الَّذِي لَيْسَ فِي جَوْفِهِ شَيْءٌ مِنَ القُرْآنِ كَالبَيْتِ الخَرِبِ

Maksudnya: “Orang yang tidak ada di dalam dadanya sepotong pun ayat ibarat Al-Quran adalah seperti rumah yang ditinggalkan kosong”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2913] [Hadith dinilai oleh Imam al-Tirmizi sebagai Hasan Sahih].

Bayangkan sebuah rumah, aset yang berharga tetapi dibiarkan. Terbiar kosong tidak bernilai. Tiada value padanya yang dipandang.


Hadith 3

Bacalah Al-Quran talian hayat yang hadir untuk selamatkan kita di hari akhirat.
Al-Quran Yunus:57

"Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu pelajaran (Al-Qur'an) dari Tuhanmu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman."
Al-Quran sebagai sebaik-baik penyembuh, petunjuk, bersifat merawat. Rahmat kepada orang beriman.
Di akhir zaman ini, penyakit hati terlalu banyak. Jadikan Al-Quran sebagai vitamin - healing yang terbaik. Juga sebagai suplemen. Dosa adalah penyakit. Punca hidup tak happy, tak produktif. Mudah sensitif. Mudah trigger, senang berkecil hati perkara-perkara tidak penting.


Al-Quran
Menambahkan keimanan, tawakkal, keyakinan kepada Allah dan akhirat. Supaya tidak sentiasa terpaut kepada dunia. Sayangkan dunia berlebih-lebihan sehingga banyak terleka dan lalai.
Al-Quran adalah miracle. Side effect confirm kita akan dapat. Hidup dengan Al-Quran. Al-Quran sebagai lifestyle. Tak akan pernah rugi.

Senaraikan matlamat menghafaz Al-Quran.
Kenapa?

Make it personal. All about you. Jangan tiru or ikut orang lain. Jangan cliche. Custom. Spesifik dan details untuk justification tentang matlamat diri kita sendiri. Setiap orang tak sama.
1. Saya nak ubah sikap.....
2. Saya nak tenang.....
3. Saya nak jadi.....
4. Saya paksa diri untuk......
5. Saya berdoa...
*explain in details kenapa. Hanya kita yang tahu.

Saya dah lama cuba nak hafal tapi tak terlaksana lagi sebab saya terlalu banyak alasan......
Saya sayang dengan.....
Saya nak praktis.....

Masa terbaik menghafaz :
1. Sebelum Subuh
2. Selepas Subuh
3. Selepas Maghrib
Lain-lain waktu, latihan melancarkan. Murajaah.

Pantang larang :

1. Jangan ada masa yang dibiarkan kosong - akan cenderung buat perkara lagha, makan benda yang tak sihat. Cara elakkan diri daripada terjebak dengan perkara/benda melalaikan. Distract. Stop cerita tak bermanfaat. Elakkan dosa kecil. Hidup di akhir zaman. Ber'uzlah secara jasad dan hati. Disconnect. (menyisihkan diri).

2. Jaga anggota tubuh dan pancaindera. Jangan biar anasir luar mudah masuk.
  • Jaga mata. Jangan tengok aurat orang dan diri sendiri bila tak ada keperluan.
  • Jaga telinga. Tak dengar lagu bermuzik. Jangan borak benda kosong, tak ada manfaat.
  • Jaga lisan dan tulisan. Bercakap perkara tak berfaedah dan menurut hawa nafsu, amarah.
  • Jaga perut. Menjaga pemakanan. Pilihan baik dan afdhal. Jangan makan benda tak ada tanda HALAL yang disahkan HALAL. Tak ada alasan untuk makan. Aiskrim/Coklat - masih banyak jenama yang TAK HALAL. Berhati-hati. Masakan orang tak jaga solat, elakkan makan. Jaga kebersihan sumber makanan, cara masak. Tidak makan terlalu banyak, nanti malas, mengantuk.
  • Jaga hati. Jangan buruk sangka. Kawal kemarahan perkara berkaitan dunia. Marah jika menjaga/membela agama sahaja.

3. Letakkan target supaya masa yang terluang tidak diisi dengan sia-sia. Hidup di akhir zaman ini sangat mudah tergelincir dengan "peredaran teknologi".


4. Aktiviti menghafaz akan buat kita gian, tak bosan atau lemau. Kepentingan berada dalam circle dengan orang-orang yang nak mencari Allah SWT.


6. Diajar dalam sekolah beraliran agama membesar dengan menilai org lain. Jaga hati daripada bersangka-sangka, meletakkan level pada orang lain.


7. Untuk proses diri kita, memperbaiki kita, tak ada kaitan dengan orang lain.


Teknik Hafazan @ Menghafaz Quran:

1. Lancarkan bacaan. Sebutan. Tajwid. Panjang pendek, dengung. Mengulang dan dengar sampai familiar. Baca sebelum tidur. Save image, familiarise. Kedudukan ayat.


2. Gunakan lembaran tahriri. Kepala dan hujung ayat. Mapping ayat. Gambaran susunan ayat. Familiarise. Lukis gambar.


3. Wajib baca sebelum mula sesi menghafal.
  • Transform kehidupan.
  • Apps tarteel. Hafal dan rekod suara.
  • 3 simbol. Tanda kesilapan. Bulat, garis, petak.
  • Proses membentuk diri, mengubah hati. Merasai energy. Tenang. Tak mudah trigger. Masa terasa lambat.
  • Tak over-react. Al-Quran sebaik-baik medium mendidik dan merawat hati.

4. Bahagikan surah kepada beberapa bahagian bergantung kepada jumlah ayat.
  • hafaz 1-5 ayat dan ulang. Repetition.

Keberkesanan Al-Quran.

Mudah lancar bacaan. Al-Quran is miracle.
Not all people require that kind of remedies...

Manusia akhir zaman. Jangan merendah-rendahkan Al-Quran. Jangan cakap sembarangan. Ini mukjizat terbesar.

Sekurang-kurangnya hafaz 5 juzu Quran sepanjang hidup untuk baiki hidup, hidup dengan tenang. Hidup bersama panduan Al-Quran. Berlazat-lazat dengan Al-Quran.

5 juzu ini usahakan untuk lazimi, hafaz - 26,27,28,29,30 - Surah 5 terakhir.


Iya.. sedang dalam rutin baharu. Terima kasih komuniti Kelas Hafazan Muslimah. Jumpa nanti penghujung penggal. Love!


Semoga dihitung segala ikhtiar kita untuk kembali dengan mendampingi Al-Quran. Ameeen.


-Circle baru yang bahagia-

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !