Setahun dah. Setahun simpan cerita, tak larat naip kronologi.
Yang pernah tanya kisah ni, kira marathon full story sini deh. Kat ending nanti ada pesanan penaja, kita bagitau siap-siap slaluh.
September 2023 lepas kena attack sakit belikat tiba-tiba masa tengah ligat beraksi kat dapur untuk event apa, ada cerita kat sini Home Party Kajang - September FULL HOUSE
Sebelah kanan belikat, bahu kanan sampai ke lengan kanan dan jari semua. Tiba-tiba zuuuup datang rasa sakit "menangkap" belikat kanan. Sakit, freeze. Tak boleh move, sakit.
Ya, tiba-tiba. Entah silap kat mana. Tak habis fikir. Malam tu, conquer satu katil king sensorang sebab tak ada siapa boleh sentuh. Luas bebas tapi tak boleh tidur lansung. Menangis, pandang orang kiri kanan yang nyenyak walaupun tidur atas toto je kat bawah.
Pergi klinik esok paginya, dapat 2 jenis ubat. Myonal dan Celebrex. Kena cucuk pain killer satu kali. Doktor kata muscle je ni, tak ada apa. Balik, rehat dan tidur. Belikat masih sakit, tangan sebelah tak kuat, nak genggam pen pun tak upaya, apatah lagi nak menulis. Malam, ambil Myonal. Tak ada rasa improve mana tang sakit cuma rasa lalok tu memang ada. Lelap dengan harapan esok ada improvement.
Bangun pagi, tangan jadi berat, longlai, layu terkulai tak mampu nak angkat. Nangis lagi, kenapa getting worst ni Allah Allah. Minta tolong anak-anak kalau nak apa-apa, nak bergerak 1 rumah, minta husband suapkan makan, mandi dan wudhu' utilise tangan kiri. Nak berubah posisi tempat duduk pun sakit. Makan Celebrex. Tak sampai sejam, rasa miang gatal-gatal dan tengok ada skin reaction, merah merah. Mula-mula sikit, lepas tu makin bertambah gatal seluruh badan. Allahu.
Ajak husband repeat pergi klinik. Bawa ubat, tunjuk dekat doktor. Baru faham rupanya Myonal tu for muscle relieve dan tak sesuai dengan condition saya. Doktor bagi MC. Patutlah pun lengan tangan rasa lembik, lemah terkulai. Ingatkan dah nak paralyse.
Buat X-Ray suspected slip disc ke apa. Tak, bukan. Memang scapula pain, tight scapula, rhomboid muscle pain, shoulder blade pain or whatever you call it. Yang pasti, meme sakit. Sambung nangis. Memang banyak nangis episod sakit yang ni sebab dia bukan sejenis one-off tapi develop lama dah sebenarnya doktor cakap. By routine. Overruse. Kita tak sedar. Kita bertahan. Kita rasa okay, sampailah our body tak boleh dah nak cope.
Huhuhu it soo mee. Masa doktor cakap tu baru perasan, baru terlintas semua kejadian dan hints yang duk rasa dah sebelum-sebelum ni. Kerja setiap hari, mengadap laptop/komputer/server. Long hours duduk, poor movement. Kita ni pulak, genit petit. Sejenis suka masak banyak-banyak, sebab jadi terapi.
Sorry sangat terpaksa diam-diam buat dendeng, rendang tak open order sebab risau triggered balik sakit. Kita buat mana yang termampu je. Now faham dah perasaan sahabat homecooked chef, bakers yang sakit sebab duduk kitchen lama-lama, walaupun jauh di sudut hati itu memang passion kita. Suka masak, happy bila tengok orang makan air tangan kita.
Pertama kali dan setiap kali jumpa physiotherapist, macam-macam istilah kita dengar termasuklah dia sebut pasal diamond shape and our fascia muscle.
Saya ada tulis sini Apa kata Physiotherapist tentang Fascia Muscle
Ikhtiar selama beberapa bulan yang tak sedikit :
- ubat-ubatan
- urutan, bekam
- infrared gadgets
- physiotheraphy RM155/session - once a week
And the list goes on. Itu belum lagi include kos dan masa. MC seminggu lebih je, masa awal kena lepas tu kena hadap "living with pain".
Banyak gila weh, nak taip semua sekali harung sini boleh murung juga ni. Jemput klik caption kat gambar la ehh Kisah dan Episod Sakit Belikat
Thank you yang baca sampai habis dengan ucapan "Aulora bra for all women"
Yang nak tahu lanjut, boleh risik-risik. Kerana dirimu wanita, begitu berharga ❤️
Hantar Mesej WhatsApp Kak Ebah atau jadilah sebahagian daripada team IBO kami Daftar Aulora with BE_Nusaybah untuk lebih penjimatan dan konsultasi berterusan.
Anda juga berpeluang untuk menjana pendapatan tambahan sekaligus mendapat hak eksklusif sebagai BEians dalam kumpulan sokongan kami yang aktif dan positif.
Kak Ebah doakan bagi mereka yang berhajat dan sedang mencari-cari ikhtiar kesihatan yang lebih baik, direzekikan untuk mencuba Aulora. Biiznillah.
Untuk info lanjut berkenaan Infrared Clothing with Aulora Series dan Functional Food BElixz, jom join telegram channel kita sini Subscribe to MyTelegram
Penafian : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Artikel ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional. Ianya adalah perkongsian peribadi di mana testimoni dan kesan mungkin berbeza bagi setiap individu.