MACAM MANA ORANG BIASA MACAM KAMI BOLEH TRAVEL FREE SETIAP TAHUN - THIS IS OUR JOURNEY!

Kak Ebah
0

 


Ada satu perkara yang saya dan Abang K cakap masa dalam flight sponsored BE International,

 

Dulu kita tengok orang travel free, kita cuma mampu cakap… bestnya kalau dapat rasa macam tu.

 

Kami dulu bukan jenis yang boleh travel selalu. Kerja makan gaji, jadual ketat, simpanan pun sekadarnya. Nak pergi luar negara setahun sekali pun perlu fikir banyak kali.

 

Tapi hidup memang pelik. Kadang-kadang, pintu terbuka daripada arah yang kita tak jangka.

 

Permulaan Yang Biasa, Impian Yang Luar Biasa

 

Saya join BE dengan mindset nak sihatkan diri dulu. Produk Aulora Series, Befil, Nexbio inilah yang mula-mula buat saya jatuh cinta. Tak terfikir pun pasal trip, pasal reward, pasal travel lifestyle. Abang K pula lebih skeptikal. Dia technical, engineer mindset — semua benda kena logik, kena data. Tapi saya suka bila dia sendiri rasa the impact of product pada kesihatan dirinya.

 

Kalau benda ni boleh ubah hidup ramai orang, tak salah kita cuba.

 

Kami bermula dari zero semula. Walaupun sebelum ni pernah ada pengalaman berniaga. Tapi kami tak ada follower besar. Abang K lagi lah, introvert. Nak bercakap pun bercatu, vocab kering.

 

Yang kami ada cuma dua benda:

1) Niat nak bantu orang
2) Willingness untuk belajar

 

Dan dalam BE, dua benda ini memang cukup untuk gerakkan hidup seseorang. Asalkan sudi ikut sistem.

 

Momen Yang Tukar Segalanya

 

Saya masih ingat trip pertama yang kami qualified. To be exact cuma 1 tiket waktu tu. Tapi maksud kami ialah once you register sebagai ahli BE and you're married, the distributorship adalah ONE with your spouse. Bukan sebab luxury hotel, bukan sebab itinerary exclusive…Tapi sebab rasa dihargai. Nak masuk hotel, ada welcome gift. Masa makan malam, semua qualifiers diraikan.
 

Masa pilih menu dinner pun kami masing-masing terdiam lama, bukan sebab bangga, tapi sebab terharu.

 

Rasa macam:

Ya Allah… ini reward untuk usaha yang kita buat selama ni.

 

Kita yang dulu travel pun jarang, tiba-tiba mampu bawa pasangan tengok dunia — tanpa keluar duit flight, tanpa risau hotel mahal, tanpa pening kepala nak plan itinerary. Semua diuruskan. Kita hanya menikmati momen dan ambil gambar banyak-banyak.

 

Apa Yang Buat Travel BE Lain Daripada Cuti Biasa?

 

Bercuti biasa: kita bayar. Travel BE: kita earn. Itulah beza paling besar. Bila kita earn sesuatu, rasa perjalanan tu lain. Ia bukan sekadar melancong, tapi pertumbuhan diri.

 

Setiap destinasi buka mata kami:

• berjaya buktikan kemampuan diri
• semakin kenal rapat circle baru yang positif
• rasa yakin yang kita pun layak hidup luar biasa
• belajar bahawa hidup boleh berubah bila jumpa platform yang betul

 

Dan travel free ni bukan untuk “orang hebat”. Ramai qualifiers adalah orang biasa. Cikgu, nurse, suri rumah, pekerja IT, riders, engineer, student.

 

Bezanya? Mereka follow sistem.

 

Apa Yang Kami Pelajari Dari Setiap Trip

 

Perjalanan bukan tentang tempat — ia tentang diri yang kita jadi sepanjang proses mencapainya. Melbourne 2025 bagi kami satu mesej besar:

 

Jika kita nak hidup yang lebih besar, kita kena masuk circle yang membesarkan jiwa kita.

 

Dalam BE, reward bukan sekadar travel. Ia cara syarikat ajar kita bahawa usaha itu ada harga. Dan hari ini, bila orang tanya,

 

Betul ke orang biasa boleh travel free dengan BE?"

 

Saya jawab:

 

Ya, sebab kami adalah buktinya.

 

Kalau anda pun ada impian travel, nak rasa pengalaman “first class treatment” tanpa bayar harga first class… dan nak explore platform yang bagi peluang sama rata.

 

Boleh DM saya,

Saya nak travel free macam Saybah & Abang K.

 

We'll show you the way! 

 

 

Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !