KENAPA ANAK LAHIR IKUT TINGKAP LEBIH FRAGILE? INI SEBAB YANG JARANG DICERITAKAN PADA IBU

Kak Ebah
0


Korang perasan tak?
 

Kenapa ada anak yang dari kecil lagi kerap sangat selsema, batuk tak habis-habis, masuk hospital sebab bronchitis atau pneumonia, mudah kena demam dengan suhu tinggi, lepas baik, jatuh sakit semula dan asyik perlu antibiotik

 

Dan bila difikirkan balik… selalunya anak-anak ini adalah anak yang lahir secara caesarean (ikut tingkap). Sebagai ibu, kita jarang cakap kuat-kuat benda ni. Tapi dalam hati, mesti pernah terlintas:

Kenapa anak aku nampak lebih fragile berbanding budak lain?”

 

Atau kalau dah ada lebih dari seorang anak, kenapa anak yang lahir normal tak macam ni?

Ini bukan salah ibu. Bukan salah anak. Dan bukan juga kebetulan.

 

Dalam kelahiran normal, bayi akan melalui saluran kelahiran dan terdedah kepada bakteria baik daripada ibu. Bakteria inilah yang menjadi asas kepada sistem imun & usus bayi. Tetapi bagi bayi yang lahir secara caesarean, proses ini tidak berlaku. Kolonisasi bakteria baik bermula lebih sedikit dan microbiome usus lebih rapuh dari awal kehidupan


Dalam sains, ini dikenali sebagai altered gut microbiota in caesarean-born infants. Sebab itu ramai anak C-section membesar dengan simptom seperti pneumonia berulangbronchitis / bronchiolitis, batuk berpanjangan, asthma, resdung & tonsil kerap bengkak, eczema & alahan, cirit atau sembelit berulang, perut sensitif, kembung. 

 

Semua inilah petanda kepada sistem imun lemah, termasuklah mudah demam. Bukan sebab anak “lemah”. Tetapi kerana asas pertahanan badan mereka bermula dengan kekurangan bakteria baik.

 

Usus bukan sekadar tempat hadam makanan.

👉 Lebih 70% sistem imun berada di usus.
👉 Usus juga berkait rapat dengan paru-paru melalui gut–lung axis.

 

Bila usus tak stabil, imun jadi lemah.

  • jangkitan paru-paru lebih mudah berlaku
  • pneumonia & bronchitis senang menyerang
  • batuk lambat sembuh
  • alahan makin sensitif

 

Sebab itu sebagai ibu, kita selalu terdetik tanpa suara dan membandingkan dalam diam:

“Anak orang lain batuk 3 hari dah baik.
Anak kita seminggu dua masih sama.”

 

Ini bukan soal nasib. Ini soal asas kesihatan yang belum lengkap.

 

Kenapa Gut Reset Penting Untuk Anak Lahir Caesarean?

Ramai orang salah faham konsep gut reset. Gut reset bukan cuci usus atau detox ekstrem yang sampai cirit berhari-hari. Tetapi gut reset ialah satu proses:

  • membina semula bakteria baik
  • menenangkan keradangan
  • menguatkan dinding usus
  • menyelaraskan semula isyarat usus–imun–paru-paru

 

Dan proses ini ambil masa. Sebab itulah pakar kesihatan usus sepakat bahawa gut reset perlukan sekitar 3 bulan untuk benar-benar stabil.

 

Kenapa? Kerana kerosakan microbiome bukan berlaku sehari tetapi ia dah bermula sejak lahir dan berterusan akibat ubat, antibiotik, jangkitan dan pemakanan yang merosakkan microbiome usus. Jadi pemulihan juga tak boleh dipercepatkan secara paksa.

 

Kenapa Anak Caesarean Perlukan Prebiotik, Probiotik & Postbiotik yang Lengkap dengan End-Product

 

Untuk bina semula asas usus anak, sokongan perlu menyeluruh, bukan satu-satu.

Prebiotik
→ makanan kepada bakteria baik supaya koloni boleh membiak

Probiotik
→ memperkenalkan strain bakteria baik untuk sokong imun & penghadaman

Postbiotik - molekul aktif yang bantu tenangkan keradangan, kuatkan dinding usus dan stabilkan tindak balas imun

 

Tanpa gabungan ini, pembinaan semula microbiome jadi perlahan dan tidak konsisten.

 

Sebagai ibu, kita tak minta anak jadi luar biasa. Kita cuma nak anak sihat, tidak kerap masuk hospital, tak perlu bergantung pada ubat seperti antibiotik dan boleh membesar normal dengan imun yang lebih kuat

 

Jika anak anda lahir ikut tingkap dan sering alami pneumonia, bronchitis, batuk berulang, asthma, eczema atau imun lemah atau kegagalan. Itu isyarat tubuh anak yang berkata,

Badan aku perlukan sokongan dari dalam

 

Bila ibu faham kenapa usus penting, barulah faham kenapa prebiotik, probiotik dan postbiotik yang selalu disebut hari ini bukanlah trend tetapi keperluan. Mungkin inilah game changer yang anda cari dan perlukan selama ini! 

 

Hantar Mesej WhatsApp Kak Ebah atau jadilah sebahagian daripada team kami Daftar with BE_Nusaybah untuk lebih penjimatan dan konsultasi berterusan. 

 

Anda juga berpeluang untuk menjana pendapatan tambahan sekaligus mendapat hak eksklusif sebagai BEians dalam kumpulan sokongan kami yang aktif dan positif.

 

Kak Ebah doakan bagi mereka yang berhajat dan sedang mencari-cari ikhtiar kesihatan yang lebih baik, direzekikan untuk mencuba Aulora dan produk functional food BElixz. Biiznillah.

 

Untuk info lanjut berkenaan Infrared Clothing with Aulora Series dan Functional Food BElixz, jom join telegram channel kita sini Subscribe to MyTelegram

 

Penafian : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Artikel ini tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat perubatan profesional. Ianya adalah perkongsian peribadi di mana testimoni dan kesan mungkin berbeza bagi setiap individu.  

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !