SELAMAT SATU TAHUN, HANNAN MARYAM BT MOHAMAD KHAIRI

Kak Ebah
0

 26/08/2019

Saja ambil cuti hari ni. Malas nak kerja sebab dah tak ada baju yang selesa (read : longgar) nak recycle pakai pergi ofifice hahaha.
Yang sebenarnya, berdebar-debar dari hari ke hari menuggu bila lah nak datang contraction ni. Duduk rumah pun serba tak kena.
Being me, setiap kali dah dapat petanda rasa nak bersalin, memang akan bersalin hari tu juga. So, memang dah kenal dan boleh expect baby akan keluar tengok dunia hari yang sama. My previous pregnancy pun macam tu.
Hari bermula dengan baik, dating dengan husband kat rumah. Breakfast dekat kedai makan, balik lunch masak macam biasa.
26/08/2019 - 4 pm
Start rasa perut mengeras dan datang rasa sakit. Diam-diam je layan perasaan sorang-sorang sebab nak pastikan dulu betul ke rasa sakit yang asli atau perasan je sebab "dah tak sabar nak beranak".
Tengok jam, “aish macam konsisten 10-15 minit sekali ni”. Cuak!
26/08/2019 - 5.30 pm
"Abi, rasa macam dah start ada tanda sakit-sakitlah abi"
"Eh, serius la? Ibu biar betul?"
"Hermmm tulah, tak sure. macam lupa pulak macam mana signal dia"
"Sakit kerap dah ke tu?"
"Entahlah tak tahu nak cakap, rasa macam dah 10-15 minit sekali"
26/08/2019 - 5.30 pm - 7.00 pm
Kesakitan masih konsisten. Sekejap ia datang dan pergi. Oklah, masih boleh gosok-gosok manja lagi perut sendiri.
Berbincanglah kami suami isteri sambil melayan sakit contraction yang sekejap datang sekejap hilang.
Dan akhirnya, keputusan akhir pun dicapai. Maka hospital bag yang dah siap kemas apa adanya diangkut dengan perasaan berbaur.
Takut, tapi tak sabar nak tengok muka baby!
26/08/2019 - 7.30 pm
"Mama, saya tinggalkan budak-budak eh, nak pergi hospital dah ni"
Mula-mula control habis, tapi pecah berderai kolam airmata bila start peluk-peluk minta maaf dengan mama.
Adeh, benci!
26/08/2019 - 8.30 pm
Settle register, terus dibawa masuk ke labour room untuk check bukaan. Berdebar kencang terus dada aku woih!
Sambil-sambil tu, CTG dipasang untuk pantau denyutan jantung baby dan contraction pattern.
Kena tinggal selama lebih kurang 15-20 minit untuk dapatkan CTG reading.
Tengah syahdu melayan debar sorang-sorang dalam tu, sambil perhati sekeliling labour room. Tiba-tiba.....
“Puan rasa sakit level macam mana sekarang ni?” tersembul muka nurse on duty tepi tirai.
“Hermmm.. entah. Tak tau nak cakap, tapi still boleh tahan lagi. Kalau ikut experience anak sebelum ni. Memang saya akan bersalin terus kalau dah start sakit macam ni”
"OK, kalau tengok reading sini memang agak kuat dah contraction, tapi bukaan Puan baru 1 cm. Puan tunggu sekejap ye”
Erkkkk… baru satu?
Serta merta melintas memori bersalin anak sulung yang juga bermula dengan 1 cm dilation tapi dah konsisten sakit 10 minit sekali. huhuhu.
Tak lama lepas tunggu tu, nurse masuk balik dan cakap "Kami dah call Dr.Wan, dia tak bagi Puan balik dan minta terus check-ini sini. Puan OK ke?"
26/08/2019 - 8.30 pm
Bilik ready.
Kami decide nak stay kat hospital je terus as per advice. Keadaan kat rumah dengan anak yang bertiga tu memang agak tidak mengizinkan untuk situasi macam ni.
Ditolak masuk ke wad dan tiba-tiba eh, "mana perginya rasa sakit semua tadi?" Aiseh, dah tak sakit pulak dah.
Nurse beritahu, "Puan, kami akan datang check bukaan lagi pukul 4. Kalau nanti sakit makin kuat, Puan boleh tekan loceng panggil kami ye"
Sempat request dekat abi nak makan kueteow ladna sebelum tidur. Habis sebungkus makan. Ada la tinggal kuah sikit suruh abi langsaikan. hehehe.
27/08/2019 - 1 am
Rasa sakit makin kuat, tapi kekerapan masih lebih kurang sama. 10 ke 15 minit sekali.
Abi tanya, "nak panggil nurse ke?"
"Takpelah, still boleh tahan lagi ni. Tunggu jelah sampai pukul 4 karang"
Entah, tak tahu kenapa masih belum mahu kena seluk lagi. Kononnya, nak biar surprise nanti tiba-tiba je eh, dah boleh push?
Barulah semangat sikit!
27/08/2019 - 4 am
Seperti yang dijanjikan, nurse masuk dan bawa peralatan untuk check CTG dan bukaan faraj.
Dah 4 cm.
Whaaaaat? Semalaman tahan sakit, tak boleh tidur lansung, bertambah 3 cm je?
Kononnya confident lah masuk je waktu Subuh, ngam-ngam bunyi azan dah boleh bersalin. Anak keempat dah katanya kan, tapiiii...
Sangkaanku meleset sama sekali.
Maka setelah itu, ibu ini pun teruslah bertahan dan bertahan sehinggalah betul-betul masuk waktu tanda fajar dah terbit. Sekejap-sekejap masuk tandas, layan duduk atas toilet bowl rasa lega amat.
Sakit datang bersilih ganti setiap 10 minit dan setiap kali itulah macam-macam aksi yang keluar. Position paling best is, "menonggeng"
Pengalaman bersalinkan Iman Nasuha dah "ajar" macam mana rasanya sakit nak bersalin.
Inilah harga pahala yang bakal diganjarkan oleh Yang Maha Esa.
Long story cut short.
Lepas Subuh, nurse masuk lagi. Kena interview serba sedikit, kemudian ditolak ke Labour Room untuk teruskan perjuangan.
CTG dipasang semula,
Menggeliat setiap kali "wave" datang.
Dalam masa yang sama berdebar-debar terkenang pengalaman bersalinkan Nu'man yang poor progress, diikuti dengan fetal distress sampai berakhir dengan Emergency CSect.
Mula sedih sebab muka doktor Wan Masliza lansung tak nampak sejak semalam.
Perasaan takut makin kuat, tapi hati pun kuat kata, baby girl ni akan keluar ikut pintu, bukan shortcut lalu tingkap.
Rezeki kali ni, midwife on duty yang buat kita macam anak dia. Bagi nasihat, gosok-gosok kaki, kesatkan airmata, ingatkan sentiasa baca doa Nabi Yunus.
Memang mak-mak sangat, buat hatiku terpujuk dan rindu emak sendiri kat rumah, yang tengah jaga cucu yang bertiga.
Baby ni pun, macam tau-tau aja nak tunggu sampai doktor balik dari haji. Terkejut beliau masa last checkup, "belum bersalin juga lagi awak?"
Setiap kali datang, setiap kali tu cerita dekat doktor macam mana perasaan nak hadap kelahiran kali ini.
Mana tidaknya, statistik kata :
1. Hanya 70-80% ibu yang melalui pembedahan caesarean BERJAYA melalui kelahiran normal pada anak yang seterusnya.
2. Komplikasi semasa bersalin, risiko rahim pecah, risiko tumpah darah boleh berlaku, bergantung kepada condition kesihatan ibu. Selebihnya Allah yang bantu dan izinkan.
Condition kita pula masa tu, allahu...
Size baby besar.
Mak baby kecil, ketot.
Risau tak lepas bahu kalau bersalin normal.
Sepatutnya bersalin lagi awal, sebab nak control baby weight. To be safe, masa hari kejadian, berat baby tak lebih daripada 3.5kg.
Birth history last baby, emergency czer.
Gap pregnancy dengan previous birth 16 bulan.
Hari ni, dah 39 weeks, 6 days.
Checkup minggu lepas je pun, baby dah 3.4kg.
Bukan semberono main redah atau sekadar boleh ikut-ikut orang je nak VBAC ni. Mom's condition dan doctor advice kena selari.
"Nusaybah, awak OK?"
Wajah doktor yang dinanti pun muncul menguak langsir labour room.
Cantik. Lembut. Menyejukkan hati.
Terus sebak tiba-tiba.
"OK, saya ingatkan doktor tak sempat datang" - masa ni dah banjir. Kemain laju, macam paip pecah. Sejenis ciwek.
27/08/2019 - 12.50 pm
Lahirlah beliau yang diberi nama Hannan Maryam Bt Mohamad Khairi.
"Wow, semangatnya" kata doktor sambil letak baby atas dada ibu dia.
Dan seperti dijangka, 3.615kg kau!
Not bad, tak padan dengan ibu dia yang kecil molek” – Dr. Wan.
“Saya dah agak masa mula-mula pegang dia tadi. 3.6 kilo tak lari ni. VBAC. Natural pain, natural labour. Tahniah Nusaybah"
"Dah selesai semua dah, dah jangan menangis. Tengok baby awak tu ha" terdengar satu suara dari sisi menenangkan saya.
Dah waras, dah hilang sakit, sempat saya jeling name tag dia yang tertulis "Nurihan". Seorang emak penyayang yang bersama saya sepanjang di bilik antara hidup dan mati itu.
Habis sudah 1 shift beliau sejak malam tadi. Dia memang bekerja dengan ikhlas dan empati. Semua yang dilakukan, sampai ke hati.
Maka berakhirlah penantian yang menakutkan, mendebarkan, menyayat hati tetapi pengakirannya sangat manis.
My VBAC baby.
27th August 2019.
21 jam.
8 jam di labour room.


Nak recall dan taip balik birth story ni pun letihnya la hai, tapi macam RINDU. Eh?
Selamat Satu Tahun anakanda Maryam. Ibu, abi, kakak Iman, kakak Ain dan abang Nu'man sayang adik sangat-sangattt!

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !