CATATAN SEMINAR RUHI SOLAT - FEEDBACK PESERTA VETERAN

Kak Ebah
0


 





Day 1 :

"Macam mana ma, kelas?"
"Ermm.. OK tapi tak ada apa sangat pun, satu malam belajar pasal niat je"
Day 2 :
"OK tak ma, kelas malam tadi?"
"Herm.. kupasan bagus, cuma pernah belajar banyak kali dah. Ni sama macam tadabbur la ni. Benda sama"
Menyimpang. Excitement 2 hari kami sama sekali berbeza. Tidak seperti yang dijangka.
Berbaur perasaan. Sangat challenging sebenarnya sejak mula-mula pun nak register kan mama kelas ni.
Tapi sebab kita nak orang yang kita sayang, rasa sendiri apa yang kita dah rasa, ku gagahkan juga jemput dan sponsor nama beliau.
Orang berumur lebih separuh abad, dah biasa masuk pelbagai kelas menuju akhirat, expectation dia of course, beyond apa yang kita bayangkan.
Tak terjangkau dek akal. Nak teka-teka pun tak mampu, kita ilmu sikit benor.
Tapi, sebab sangat yakin dengan cara penyampaian ticer Adawiyah yang genuine, Kak Ebah buka mulut dalam debaran. Itu pun, masa bagi review, diri sendiri sebak, bercakap sambil bertakung air mata. Mahal sungguh review anak nombor 2 dia ni.
Day 3 :
Terus tak tanya dah. Tapi deep inside harap sangat mama terkesan dengan topik malam ni, seperti mana anak dia menangis sebab baru tahu apa erti sujud rujuk terbongkok-bongkok, walaupun dah bertahun solat.
Kita tak tanya. Tapi adik bongsu hantar report "Kakngah, mama puji-puji sakan kelas RUHI tu. Dia kata, awak patut masuk dan dengar ni dik. Selama ni kita solat banyak yang kita sekadar buat je, tak faham maksud dan tujuan"
Panjang lagi sebenarnya cerita si adik tu. Tapi, cukuplah setakat ini sahaja yang dikongsi. I reserve the rest to myself. Memadailah kakngah tahu betapa mama rasa berbaloinya setuju untuk ikut serta.
26 November 2020. Birthday mama yang ke 64 tahun. Semoga mama dipanjangkan umur, dan diberkati segala amalan sepanjang usia yang telah berlalu.
Day 4 & 5 : Sunyi. Tapi reporter kata mama setiap malam memang well prepared, tak sabar nak start kelas dengan pen dan handphone fully charged 😊
Day 6 :
Nampak dia busy jawab exam. So, kita tak kacau. Beliau tunjuk jemputan untuk next modul course solat (lanjutan).
"Mama nak sambung ke kelas tu?"
"Nak, ni topik lain pulak ni" (sambil baca content modul dalam poster RUHI buku nota dia last page)
Day 7 :
Last Class. Tak ingat dah nak tanya. Tutup cerita.
So, ingatkan dah habis la.
Sampailah tiba-tiba semalam, masa pergi rumah dia, mama sebut.
"Kakngah, kelas RUHI lanjutan tu macamana eh nak daftar?"
Allahuakbar.
Sungguh, satu kebahagiaan buat Kakngah bila dapat kongsi ilmu begini dengan mama. Kakngah doakan, mama sentiasa diberi kesihatan yang baik, untuk terus kenal ilmu-ilmu begini.
I love you, ma.
Walaupun kakngah tahu, mama dah join macam-macam jenis kelas, ada ramai guru berbeza latar belakang, tapi edisi RUHI ni memang lain daripada yang lain.
Terima kasih Allah. Terima kasih ticer Adda Saad.
*Tulisan mama, memang kakngah angkat tangan surrender. Cantik sangat!
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !