REVIEW GASTREAUX NON-STICK BLACK COATING KNIFE SERIES

Kak Ebah
0

Mula-mula tengok, memang hati macam dah terpaut, tapi aje gila aku nak sambar set pisau semata macam ni bayar ratus-ratus.

Tambah pulak, pengalaman meroyan dekat Langkawi awal-awal kahwin dulu, akhirnya arwah begitu saja pisaunya. Kualiti tidak seperti dijangka. Knife holder berkarat teruk tak seperti harga.
Bertahanlah dari anak kosong sampai anak empat dengan pisau yang asal boleh. Kalau ada "special needs", sanggup pergi pinjam pisau rumah mak (mujurlah berjiran)
Fuh barulah sedar selama ni, serajin-rajin orang kata aku rajin masak tu, berkira sungguh rupanya nak beli pisau yang senonoh sikit.
Lepas tu, bila dah falling love teruk dengan hybrid wok jenama sama, terus hilang akal mesej seller and laju-laju transfer maharnya berapa minit je lagi sebelum offer tamat.
7 pieces Non-Stick Black Coating Knife Set ni ada :
1. 8" Chef's Knife - multipurpose, potong semua pun boleh
2. 8" Slicing Knife - untuk hiris-hiris nipis, bawang, ulam
3. 8" Bread Knife - nak potong roti supaya tak hancur
4. 7" Santoku Knife - cincang daging, ayam, bawang
5. 5" Utility Knife - sama macam chef tapi versi kecil sikit
6. 3.5" Paring Knife - terbaik untuk ukir buah, buat deko
7. Magnetic Wooden Block - tempat simpan pisau yang handsome dan sado habis
To be frank, review kali ni tak begitu jujur sangat sebab belum sempat guna semua lagi. Baru guna satu je pun dah rasa nak masuk dapur aje 24 jam lol.
Antara features pisau ini yang best ialah easy maneuverability. Maksudnya, mudah dilenggokkan. Ha gitu. Ni sebetulnya bahasa untuk ahli sukan or gymnas ni, cerdik betul deme pakai perkataan tu letak kat pisau kehkeh.
Yang sebenarnya, dah lebih seminggu si dia ni sampai. Tapi belum sempat-sempat nak tulis, bagitahu condition dekat seller pun belum lagi.
La ni nak habaq mai, barang ni memang baaeeeek. Serius berbaloi-baloi dengan pelaburan!



10 tahun kahwin, tak pernah ada pemotong betul-betul bermanfaat macam ni. Level puas hati sampai habis bintang aku kasi.
Ini kali lah!
Tags

Post a Comment

0Comments

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !